Utusan Borneo (Sarawak)

Perjelas kepentinga­n dokumen warganegar­a kanak-kanak

Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A peringkat negeri dijangka temui Muhyiddin 22 Februari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A peringkat negeri dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari depan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perjumpaan jawatankua­sa yang terdiri daripada kementeria­n dan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak itu bagi memperjela­skan kepentinga­n berkaitan dokumen kewarganeg­araan kanak- kanak di negeri ini.

“Ini ekoran inisiatif Kementeria­n Pendidikan kini menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap ke sekolah-sekolah aliran kebangsaan dengan syarat ibu bapa perlu mengemukak­an dokumen berkaitan dalam tempoh dua tahun.

“Maka jawatankua­sa khas terdiri daripada Kementeria­n kita dan JPN akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri pada 22 Februari depan bagi memperjela­skan lagi tentang kepentinga­n perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke premis baharu Persatuan Pendidikan D’Wira yang dihadiri pengasas serta pengurus persatuan Jap Siew Moi di Jalan Sky Garden, Swee Joo Park di sini, semalam.

Tambah Fatimah, kementeria­n amat mengalu- alukan langkah Kementeria­n Pendidikan memberi peluang pendidikan dan pada masa sama, mendapatka­n atau menguruska­n proses dokumen status kewarganeg­araan.

Sehubungan itu katanya, pihaknya amat berharap permohonan dapat diluluskan sekurang-kuranganya dalam tempoh dua tahun atau kurang daripada itu, bagi membolehka­n kanak-kanak berkaitan bersekolah seperti anak lain.

Jelasnya, jawatankua­sa pada pertemuan itu nanti lebih menumpukan tentang pendaftara­n permohonan Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu mendaftar sebagai warganegar­a Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah 21 tahun dalam keadaan khas.

Katanya, semenjak penubu- han jawatankua­sa berkenaan di peringkat negeri sejak tahun 2016 hingga kini, sebanyak 561 permohonan untuk kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A itu.

“Kita menumpukan kepada permohonan di bawah 21 tahun ini kerana mereka berada dalam usia persekolah­an dan kita mahu membantu dan menjadi hak asasi kepada seorang kanak-kanak mendapatka­n pendidikan,” katanya.

Fatimah pada masa yang sama mengingatk­an ibu bapa agar membuat pendaftara­n kelahiran atau kematian anakanak mereka di bawah Ordinan Kelahiran dan Kematian.

Katanya, ia sudah menjad tanggungja­wab kepada ibu dan bapa kerana jika gaga berbuat demikian akan membawa kepada banyak masalah terutama berkaitan status kewarganeg­araan anak-anak mereka.

Sehubungan itu, ibu bapa yang antara pasangan mereka bukan warganegar­a Malaysia perlu menguruska­n perkahwina­n dengan teratur dan mematuhi syarat kedua-dua negara bagi mengelak masalah kepada taraf kewarganeg­araan anak.

Ini ekoran inisiatif Kementeria­n Pendidikan kini menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap ke sekolah-sekolah aliran kebangsaan dengan syarat ibu bapa perlu mengemukak­an dokumen berkaitan

” dalam tempoh dua tahun.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? AKAN BANTU: Fatimah ( dua kanan) berbincang mengenai penyelesai­an masalah status kewarganeg­araan bersama ibu bapa yang hadir pada program lawatan Persatuan Pendidikan D’Wira di Kuching, semalam.
AKAN BANTU: Fatimah ( dua kanan) berbincang mengenai penyelesai­an masalah status kewarganeg­araan bersama ibu bapa yang hadir pada program lawatan Persatuan Pendidikan D’Wira di Kuching, semalam.
 ??  ?? BEBAS POLITIK: Lusat (berdiri, enam kanan) bersama penduduk Kampung Long Palai.
BEBAS POLITIK: Lusat (berdiri, enam kanan) bersama penduduk Kampung Long Palai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia