Utusan Borneo (Sarawak)

Tauke balak haram disyaki cuba sogok pegawai polis ditangkap

Ia susulan serbuan beberapa agensi ke atas ‘logpond’ di Pasai Siong

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang tauke kayu balak haram ditahan selepas dipercayai cuba menyogok seorang pegawai kanan polis dengan wang suapan RM10,000 di sebuah kedai kopi di Ulu Sungai Merah, pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu Superinten­den Sanudin Md Isa berkata, lelaki tempatan berumur 46 tahun itu dipercayai cuba memberi wang suapan itu sebagai ganjaran untuk melepaskan barang rampasan dan beberapa pekerja yang ditahan semasa satu serbuan ke atas

Mereka (pekerja) telah diarah untuk menghubung­i majikan bagi menunjukka­n dokumen serta permit berkaitan, namun tauke tersebut ingin berjumpa dengan ketua serbuan di sebuah kedai kopi di mana dia cuba memberi wang

itu. ” suapan

Superinten­den Sanudin Md Isa

Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu

sebuah ‘logpond’ berdekatan kawasan Pasai Siong dekat sini, sekitar jam 7 pagi semalam.

“Lebih kurang 70 batang kayu balak pelbagai saiz dan spesies, tiga jengkaut, dua gergaji berantai dengan anggaran nilai keseluruha­n RM211,500 telah dirampas dalam operasi itu,” katanya pada sidang media di sini, petang semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat, serbuan diketuai Pegawai Risik Inspektor Mohd Hafizhazma­n Hassan dilancarka­n di lokasi tersebut dan beberapa pekerja didapati sedang bersiap-siap untuk memulakan kerja.

Turut serta lapan anggota dari Cawangan Risik Batalion 10 PGA Sibu, tiga anggota Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Sarawak, tiga pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sarawak dan empat penguat kuasa Sarawak Forestry Cor- poration ( SFC) Cawangan Sibu.

“Berikutan itu, pegawai polis berkenaan telah memperkena­lkan diri dengan menunjukka­n kad kuasa polis dan mengarahka­n mereka untuk mengemukak­an lesen dan permit yang berkaitan, namun gagal.

“Mereka ( pekerja) telah diarah untuk menghubung­i majikan bagi menunjukka­n dokumen serta permit berkaitan, namun tauke tersebut ingin berjumpa dengan ketua serbuan di sebuah kedai kopi di mana dia cuba memberi wang suapan itu.

“Suspek akan didakwa di mahkamah selepas SPRM menyiapkan kertas pertuduhan terhadapny­a,” katanya.

Dalam pada itu, Sanudin turut memuji tindakan pegawai polis berkenaan dan wajar dijadikan contoh oleh semua kakitangan kerajaan.

“Pihak kami telah bekerja keras untuk menghapusk­an aktiviti pembalakan haram di sini meskipun taktik mereka amat sukar dikesan sebelum ini.

“Modus operandi mereka adalah memotong kayu di kawasan berkenaan dan menghanyut­kan kayu balak melalui sungai sebelum dibawa terus ke kilang menggunaka­n tongkang,” katanya

Dalam pada itu, Sanudin berkata, suspek telah diserahkan kepada pihak SPRM untuk tindakan lanjut, manakala barang rampasan telah diserahkan kepada pihak SFC di sini.

Katanya, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didakwa di bawah Ordinan Hutan Sarawak 2015 dan Seksyen 17(b), Akta SPRM 2009 yang mengenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda 10 kali ganda suapan.

 ??  ?? TOLAK RASUAH: Sanudin (tengah) menunjukka­n gambar serbuan bersama dua pegawainya ASP Lawrence Saran (kiri) dan Hafizhazma­n pada sidang media petang semalam.
TOLAK RASUAH: Sanudin (tengah) menunjukka­n gambar serbuan bersama dua pegawainya ASP Lawrence Saran (kiri) dan Hafizhazma­n pada sidang media petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia