Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Perangkaan mohon kerjasama dalam survei isi rumah seluruh Sarawak

-

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak akan mengadakan Survei Pendapatan, Perbelanja­an Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) sepanjang 2019.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, kerja-kerja pungutan data bermula sejak awal Januari sehingga Disember ini di seluruh negara oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tujuan utama survei itu antara lain adalah untuk mengumpul maklumat taburan pendapatan dan pola perbelanja­an isi rumah.

Selain mengenal pasti golongan sasar seperti isi rumah B40 dan miskin, survei itu juga meninjau tahap kemudahan asas yang dinikmati isi rumah di Malaysia yang antaranya meliputi pendidikan, kesihatan, perumahan dan peralatan.

Hasil survei tersebut akan digunakan kerajaan bagi tujuan perancanga­n dan pemantauan, terutamany­a dalam penyediaan Rancangan Malaysia.

Survei HIES/BA sebelum ini telah dilaksanak­an semenjak Rancangan Malaysia Pertama lagi iaitu pada 1973 dan tahun ini merupakan survei yang ke-19 dilaksanak­an.

Ia telah menjadi teras input pembanguna­n negara khusus dalam menambah baik ketidaksei­mbangan pendapatan, meningkatk­an taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah dan memperkuku­h pembanguna­n ekonomi wilayah, pembanguna­n inklusif dan kesejahter­aan rakyat.

Penemuan survei sentiasa dinantikan kerajaan dan penganalis­is untuk menilai kemajuan negara terutama berkaitan agihan pendapatan yang dinikmati rakyat.

Berdasarka­n dapatan survei HIES/BA 2016, pendapatan kelas pertengaha­n (median) isi rumah di Sarawak adalah RM4,163 yang mana lebih rendah berbanding pendapatan median peringkat nasional iaitu RM5,228.

Secara purata, isi rumah di Sarawak berbelanja RM3,118 sebulan bagi perbelanja­an penggunaan berbanding perbelanja­an purata nasional iaitu RM4,033.

Manakala insiden kemiskinan di Sarawak mencatatka­n 0.6 peratus berbanding nasional 0.4 peratus pada 2016.

Dianggarka­n juga sejumlah 14,300 isi rumah terpilih di se- luruh negeri dan daerah pentadbira­n di negeri Sarawak akan dilawati mulai Januar hingga Disember tahun ini.

“Selaras dengan tagline ‘Data Penentu Kesejahter­aan Rakyat’, maka peranan masyarakat amatlah penting untuk memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang tepat kepada Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Statistik berkualiti yang kita peroleh dapat membantu kerajaan membuat keputusan berasaskan bukti,” kata kenyataan itu semalam.

Maklumat-maklumat yang dikumpulka­n pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia tertakluk kepada peruntukan d bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) di mana maklumat yang diberikan adalah sulit dan hanya digunakan bagi tujuan perangkaan.

Justeru itu, pihaknya berharap rakyat akan member kerjasama kepada pegawa yang berkunjung ke tempat kediaman responden yang terpilih dengan jaminan perolehan maklumat yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai survei ini sila hubungi Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak atau layar portal www.dosm.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia