Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Cameron Highlands, PAS belum keluar arahan anggota turun kempen

-

PAS Pusat masih belum mengeluark­an arahan rasmi agar anggota parti itu turun berkempen membantu calon pembangkan­g pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bagaimanap­un parti itu tidak menghalang anggota parti yang berhasrat untuk turun membantu di PRK itu.

Menjawab soalan PAS menyokong calon Barisan Na- sional semasa hari penamaan calon, beliau berkata ia hanya menunjukka­n sokongan moral kepada calon dan tidak lebih dari itu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an ( MoU) antara Kolej Islam Antarabang­sa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Pusat Pengajian Pondok Kandis dengan Universiti Ez-Zitouna, Tunisia di sini, semalam.

PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 November lalu memutuskan kemenangan Datuk C Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) batal kerana rasuah.

PRK Cameron Highlands yang akan berlangsun­g pada 29 Januari ini menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara M Manogaran dari Pa- katan Harapan, calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor dan dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Pada masa sama, Mohd Amar berkata PAS mahu Suruhanjay­a Pilihanray­a (SPR) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menyiasat dakwaaan Sivarraajh berhubung dakwaan pemberian rasuah kepada masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia