Utusan Borneo (Sarawak)

Enam motosikal terbakar dipercayai akibat khianat

-

Enam buah motosikal yang diletak di tempat meletak motosikal Blok 9 Lintang Macallum 2 di sini musnah dalam kebakaran awal pagi semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata kebakaran pada kira-kira jam 4 pagi itu itu disedari seorang penghuni flat itu selepas terdengar bunyi letupan yang lalu menghubung­i polis dan bomba.

“Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak dan enam buah motosikal itu telah musnah,” katanya di sini semalam.

Katanya tempat parkir motosikal itu terbuka dan tiada pengawal keselamata­n di flat itu manakala kamera litar tertutup di situ tidak menghala ke lokasi kejadian.

“Polis percaya kebakaran itu akibat perbuatan khianat dan polis sedang mengesan suspek. Kes disiasat menurut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia