Utusan Borneo (Sarawak)

Royalti minyak, Kelantan jumpa PM bincang semula bayaran

-

Kerajaan Kelantan berharap masalah pembayaran royalti minyak oleh kerajaan pusat dapat dilaksanak­an tidak lama lagi, kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata, beliau bersama rakan sejawatnya dari Terengganu sudah bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membuat permohonan ulangan kelmarin

Katanya permohonan ulangan pembayaran royalti itu masih kekal seperti dahulu.

“Setakat ini kata putus daripada Menteri Kewangan sudah diberitahu untuk diberi secara tunai tetapi angka dan bila kita tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas menandatan­gan perjanjian kerjasama pendidikan dengan Universit Ez-zitouna Tunisia dengan Yayasan Islam Kelantan di sini, semalam — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia