Utusan Borneo (Sarawak)

Tapak perkuburan Islam di Kampung Semarang telah digunakan sejak 1970-an

-

Beliau berkata, tapak perkuburan Islam di Kampung Semarang itu merupakan tapak perkuburan asal bagi penduduk Kampung Semarang dan Spinang yang telah digunakan sejak tahun 1970-an.

Kini katanya, tanah perkuburan tersebut tidak lagi digunakan selepas tapak perkuburan baharu seluas 24 ekar mula dibuka pada 5 Februari 2017.

“Bagi jangka masa pendek, kita akan mendirikan benteng konkrit di sepanjang tebing menggunaka­n wang peruntukan daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Ahli Parlimen Batang Lupar) dan YB Razaili Gapor (Ahli Dewan Undangan Negeri Beting Maro).

“Benteng ini bertujuan menahan kayu atau apaapa sahaja hanyut ke laut… Kampung kami memang terletak di tepi laut, kejadian seperti ini tidak dapat dielak, hakisan akan berlaku setiap kali air pasang terjadi,” jelasnya.

Menjelas lanjut, Sardon berkata, sebelum ini wujud kekeliruan dalam kalangan waris berhubung pemindahan kubur kerana mereka dimaklumka­n terlalu banyak prosedur dan melibatkan kos sekitar RM2,000 bagi sebuah kubur.

Namun demikian katanya, langkah JAIS membenarka­n waris memindahka­n kubur ahli keluarga masing-masing mengikut hukum- hakam darurat membolehka­n proses pemindahan dilakukan secara lebih ringkas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bating Maro Razaili Gapor ketika dihubungi berkata, isu tanah perkuburan di Kampung Semarang itu telah berlaku sejak lapan tahun lalu.

“Sudah hampir lapan tahun kerajaan cuba menangani isu ini, pertama tanah perkuburan dan kedua masjid.

“Kita bersyukur kerana sudah ada jalan penyelesai­an walaupun mengambil masa Tapak perkuburan baharu telah diwujudkan bag kegunaan penduduk Kampung Semarang, Kampung Spinang Kampung Melebu termasuk Maludam,” katanya.

Mengenai pembinaan Masjid Kampung Semarang yang baharu, beliau berkata kerja-kerja pembinaan projek bernilai RM2.5 juta itu akan bermula bulan depan.

“Masjid ini akan dibina di tapak terletak di antara Kampung Semarang dan Melebu, sebelah darat jalan pesisir,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Razaili berkata langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi mengelak kesan hakisan ombak ke atas Kampung Semarang.

“Asalnya Kampung Semarang terletak jauh dari tebing sungai tetap disebabkan kadar hakisan memang tinggi, kini saya rasa kampung ini mungkin 100 meter lagi ‘terjun’ sungai,” katanya.

 ??  ?? DIPINDAHKA­N: Penduduk kampung bergotong-royong memindahka­n kubur yang rosak kritikal d Tanah Perkuburan Islam Kampung Semarang lama ke tapak baharu semalam.
DIPINDAHKA­N: Penduduk kampung bergotong-royong memindahka­n kubur yang rosak kritikal d Tanah Perkuburan Islam Kampung Semarang lama ke tapak baharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia