Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurus ladang bawa 20 tong berisi minyak diesel ditahan KPDNHEP

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kubang Pasu menahan seorang pengurus ladang dan pekerjanya selepas disyaki membawa 20 tong plastik berisi 400 liter minyak diesel tanpa kebenaran di Changlun, kelmarin.

Ketua Cawanganny­a Mohamad Amir Abdullah berkata dua suspek yang berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan di sebuah stesen minyak di kawasan itu kirakira pukul 6 petang sebelum menemui 20 tong plastik mengandung­i 400 liter minyak diesel itu di atas lori tiga tan yang dinaiki mereka.

“Siasatan awal mendapati, suspek tidak memiliki dokumen kebenaran atau permit untuk menyimpan dan menggunaka­n barang kawalan tersebut daripada pegawai bekalan KPDNHEP dan bekalan tersebut adalah untuk kegunaan pertanian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia