Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelaras­an gaji manfaat 1,500 pekerja bank di Sarawak

SCBA dan SBEU tandatanga­ni CA baharu, pekerja kategori kerani dan bukan kerani terima penyelaras­an gaji 10-12 peratus

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kesatuan BankBank Komersial Sarawak (SCBA)danKesatua­nPekerja Bank Sarawak ( SBEU) menandatan­gani Perjanjian Kolektif (CA) baharu untuk tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020.

CA baharu itu antara lain menyaksika­n pekerja dalam kategori kerani dan bukan kerani dari 13 bank menerima penyelaras­an gaji 12 peratus selain penambahan dalam elaun dan faedah semasa serta beberapa faedah baharu.

SCBA merupakan kesatuan sekerja untuk majikan perbankan bagi Sarawak dan keanggotaa­nnya terdiri daripada 11 bank komersial dan dua bank Islam, manakala SBEU merupakan persatuan sekerja yang mewakili pekerja bank dalam gred kerani dan bukan kerani di Sarawak.

Menandatan­gani perjanjian bagi SCBA adalah Presidenny­a David Ling Ee Kuong dan Setiausaha Nurddin Awi, manakala SBEU diwakili Presidenny­a Hadiah Leen dan Setiausaha Agung Law Kiat Min dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n

Selain penyelaras­an gaji, CA baharu juga menambah baik beberapa faedah pekerjaan sedia ada dengan peningkata­n dalam nilai kewangan antara 10 hingga 50 peratus.

David Ling Ee Kuong Presiden SCBA

Sumber Manusia Datuk Amir Omar dan Presiden Persatuan Bank-Bank Komersial Malaya Nora Manaf.

Justeru, David menyifatka­n CAtersebut­telahmenun­jukkan empati dan persefaham­an sepenuhnya antara SCBA dan SBEU, dalam proses rundingan CA yang berakhir dengan penyelesai­an yang baik.

Jelas beliau, di bawah CA baharu, bank- bank anggota SCBA akan memberi penyelaras­an gaji sebanyak 12 peratus dan 10 peratus masingmasi­ng kepada pekerja kerani dan bukan kerani, tertakluk kepada gaji maksimum dalam julat gaji masing-masing.

“Hampir 1,500 pekerja dari 13 bank akan mendapat manfaat daripada penyelaras­an ini,” katanya ketika berucap sempena Majlis Menanda- tangani CA antara SCBA dan SBEU di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Menurut David lagi, s e l a i n p e n y e l a r a s a n gaji, gaji permulaan bagi pelbagai kumpulan pekerja yang dilindungi CA akan dinaikkan sebanyak 12 peratus sehingga 16 peratus dengan gaji maksimum dinaikkan sebanyak 16 peratus.

Beliau menambah, pakej gaji baharu dalam CA adalah antara yang paling kompetitif di pasaran Sarawak dan amat membantu untuk menaikkan lagi taraf kehidupan dan kesejahter­aan pekerja bank yang berpendapa­tan rendah.

“Selain penyelaras­an gaji, CA baharu juga menambah baik beberapa faedah pekerjaan sedia ada dengan peningkata­n dalam nilai kewangan antara 10 hingga 50 peratus,” katanya.

 ??  ?? TERMETERAI: David (dua kiri) dan Hadiah (dua kanan) bertukar CA yang ditandatan­gani sambil disaksikan oleh Amir (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain.
TERMETERAI: David (dua kiri) dan Hadiah (dua kanan) bertukar CA yang ditandatan­gani sambil disaksikan oleh Amir (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia