Utusan Borneo (Sarawak)

Parit cegah banjir kilat bernilai RM1.52 juta di Pujut Tanjong Batu siap

-

Masalah banjir kilat yang melanda penduduk di Kampung Pujut Tanjong Batu di sini setiap tahun berakhir dengan siapnya projek pembinaan parit konkrit bernilai RM1.52 juta.

Penduduk Madiah Jalil melahirkan kesyukuran selepas kerajaan tempatan mengambil inisiatif mengatasi masalah yang menghantui penduduk setiap kali musim tengkujuh.

“Jika hujan berlarutan dua hingga tiga jam, sudah pasti rumah penduduk termasuk rumah saya dinaiki air akibat banjir kilat sehingga ke paras betis dan memaksa kami memindahka­n barang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Madiah menambah masalah itu kini dianggap selesai dengan siapnya projek pembinaan parit konkrit tersebut.

“Sekarang jika hujan turun antara tiga atau empat jam, banjir kilat tidak lagi berlaku kerana air mengalir melalui sistem perparitan yang sistematik mengalir terus ke pembetunga­n,” katanya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, projek bernilai RM1.52 juta itu bermula Februari tahun lalu dan siap penghujung Disember.

“Parit konkrit sepanjang tiga kilometer dengan lebar 1.2 meter ini mampu menyelesai­kan masalah banjir kilat yang sering melanda penduduk kampung ini,” jelasnya.

Bahkan kerajaan melalui Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersetuju melakukan kerja- kerja mendalam dan melebarkan parit di kampung tersebut yang menjadi punca berlakunya banjir kilat.

“Kita besarkan parit ini sepanjang tiga kilometer meter dengan parit konkrit yang akan mengalirka­n air ke kawasan pembetunga­n air berdekatan setiap kali hujan lebat,” katanya selepas meninjau projek itu di kampung tersebut di sini semalam.

ADUN Senadin itu juga mengarahka­n supaya MBM membuat rekaan bagi penutup parit konkrit berkenaan yang tidak tersenarai dalam bajet projek asal.

“Saya mendapat maklum balas penduduk bahaya parit kontrik ini tiada penutup dan terbuka yang membahayak­an k e n d e r a a n t e r m a s u k penunggang motosikal.

“Saya meminta MBM membuat penilaian peruntukan dan rekaan supaya projek ini sempurna tanpa sebarang cacat cela, sekali gus menyelesai­kan masalah penduduk kampung,” katanya.

 ??  ?? TIADA LAGI BANJIR: Lee (kanan) bersama wakil MBM dan penduduk Kampung Pujut Tanjong Batu melihat keadaan projek parit konkrit yang siap dibina di kampung itu, semalam.
TIADA LAGI BANJIR: Lee (kanan) bersama wakil MBM dan penduduk Kampung Pujut Tanjong Batu melihat keadaan projek parit konkrit yang siap dibina di kampung itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia