Utusan Borneo (Sarawak)

80 kakitangan perubatan ikuti bengkel anjuran PERKIP Sibu

-

Seramai 80 kakitangan perubatan telah mengikuti Bengkel Pengurusan Diri di Dewan Rajang, Hospital Sibu baru-baru ini.

Bengkel ini anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan ( PERKIP) Cawangan Sibu ini bertujuan menyemai kesedaran kepada peserta agar sentiasa bersikap positif di tempat kerja.

Bengkel dijayakan dua penceramah iaitu Ismadi Johari dan Irene Imban serta dirasmikan Timbalan Pengarah Hospital Sibu Dr Nolan Teo.

Pengerusi PERKIP Patricia Chek Rima berkata, selain kakitangan daripada Hospital Sibu, bengkel tersebut turut disertai peserta Klinik Kesihatan Selangau, Poliklinik Jalan Oya, Klinik Kesihatan Lanang dan Pejabat Pergigian Bahagian Sibu.

“Ini merupakan aktiviti pertama kita untuk tahun 2019.

“Bengkel ini juga telah membantu mengeratka­n silaturahi­m antara peserta, selain untuk mereka lebih kenal antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau juga berharap dengan mengikuti bengkel tersebut kakitangan akan lebih yakin dalam menjalanka­n tugas harian di tempat kerja masing- masing.

Hasil yuran pendaftara­n peserta katanya, telah digunakan PERKIP untuk membeli alat pemanas air yang kemudian disumbangk­an kepada Hospital Sibu untuk kegunaan pesakit.

 ??  ?? LEBIH MANTAP: Peserta ketika mengikuti Bengkel Pengurusan Diri di Dewan Rajang Hospital Sibu.
LEBIH MANTAP: Peserta ketika mengikuti Bengkel Pengurusan Diri di Dewan Rajang Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia