Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis pelancaran KEBUMA pada 30 Mac depan

-

Majlis pelancaran Kelab Belia Kampung Uma Akeh (KEBUMA) akan diadakan pada 30 Mac, jam 6.30 petang di Hotel Grand Palace Miri.

Pengerusi KEBUMA Spanski Steven berkata, majlis pelancaran ini amat bermakna kerana pertama kali diadakan untuk kampung Uma Akeh.

Beliau berkata, program ini juga mampu menjadi satu platform untuk menghimpun­kan anak-anak Uma Akeh dari seluruh Sarawak kerana program sebegini tidak pernah diadakan sebelum ini.

Katanya, KEBUMA menempa sejarah tersendiri apabila menjadi Kelab belia kawasan Telang Usan yang pertama didaftar di bawah Register Of Youth Malaysia.

“Objektif kita ialah mengeratka­n silaturahi­m di kalangan penduduk Uma Akeh, memperkena­l budaya Orang Ulu dan memperkasa belia Uma Akeh dan Baram,” katanya.

Tiket untuk menghadiri majlis makan malam tersebut boleh didapati dengan harga RM500 semeja atau RM50 seorang.

Majlis akan dirasmikan Ahl Dewan Undangan Neger (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Maklumat lanjut mengena tiket boleh didapati dengan menghubung­i Jessica Joseph d talian 014-3932814 atau Jessica Sapok (011-36542069).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia