Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbang mahram: Bapa tiri dipenjara

-

Seorang bapa tiri bernasib baik kerana hanya akan menjalani hukuman penjara 16 tahun dengan enam sebatan atas kesalahan melakukan sumbang mahram dan persetubuh­an yang bertentang­an aturan tabii terhadap anak tirinya, tiga tahun lepas.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki membenarka­n sebahagian rayuan bapa tiri yang kini berumur 49 tahun itu supaya hukuman penjara 16 tahun dengan empat sebatan bagi kesalahan sumbang mahram dan penjara sembilan tahun dan dua sebatan bagi kesalahan oral seks berjalan serentak.

“Kami sependapat bahawa rayuan ini dibenarkan sebahagian. Hukuman bagi kedua-dua kesalahan hendaklah berjalan serentak. Dengan itu perintah hakim Mahkamah Sesyen dipinda,” kata Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Bapa tiri itu merayu supaya keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban pada 3 Mac 2017 yang memerintah­kan kedua-dua hukuman itu berjalan berasingan digantikan dengan serentak.

Mahkamah Tinggi Seremban pada 7 Mac 2018 juga mengekalka­n perintah hukuman berjalan berasingan itu selepas menolak rayuan lelaki itu.

Mahkamah Sesyen menjatuhka­n hukuman tersebut selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dan persetubuh­an yang bertentang­an aturan tabii terhadap anak tirinya yang ketika itu berumur 19 tahun, di sebuah rumah, di Nilai, Negeri Sembilan pada bulan Oktober 2016 hingga Februari 2017.

Bapa tiri itu yang tidak diwakili peguam dalam hujahannya berkata dia mengaku melakukan perbuatan itu terhadap anak tirinya dan memohon supaya mahkamah membenarka­n rayuannya kerana dia kini telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama.

“Saya sedar apa yang saya buat adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Saya akan jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup saya. Saya mohon hukuman berjalan serentak,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir pula memohon supaya hukuman Mahkamah Sesyen itu dikekalkan kerana keduadua kesalahan itu adalah berbeza dan ia bukannya di bawah kesalahan utama dan subsidiari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Azahar hadir di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam berhubung kes rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Khas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disabitkan kesalahan menerima suapan RM200 pada 2015.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Azahar hadir di Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam berhubung kes rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Khas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disabitkan kesalahan menerima suapan RM200 pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia