Utusan Borneo (Sarawak)

Penjaja dipenjara, denda kerana curi minyak wangi

-

Akibat mencuri tiga kotak minyak wangi di sebuah pasar raya seorang penjaja dipenjara tujuh hari dan didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Yunus Ali, 54, selepas dia mengaku bersalah mencuri tiga kotak minyak wangi yang kesemuanya bernilai RM79.20 daripada pasar raya Aeon Big Kepong di sini, pada jam 11.30 pagi, 11 Jan lepas.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Jan lepas dan turut mengarahka­n Yunus dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Menurut fakta kes, pengadu yang merupakan pengawal keselamata­n di pasar raya tersebut menerima panggilan bahawa ada seorang lelaki telah mengambil tiga kotak minyak wangi dan keluar dari premis tersebut tanpa membuat pembayaran dan tertuduh kemudianny­a telah ditahan.

Ketika rayuan, Yunus yang tidak diwakili peguam berkata dia telah menyesal dan berjanj tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Saya perlu menyara enam orang anak yang masih kecil dan memberi makan 25 ekor kucing peliharaan keluarga setiap hari Justeru, saya meminta hukuman saya diringanka­n,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Dalam perkembang­an lain di Gopeng, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Perak dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang melaksanak­an operasi penangkapa­n anjing liar serta memberi suntikan vaksinasi sebagai langkah membendung penularan wabak anjing gila atau rabies d negeri ini.

Menteri Besar Datuk Ser Ahmad Faizal Azumu berkata tindakan itu bagi memastikan wabak rabies tidak menular ke seluruh negeri selepas kes pertama dikesan berlaku d Taiping.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia