Utusan Borneo (Sarawak)

Narenasaga­ran Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu

-

Timbalan Pengarah Pengurusan ( Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk T. Narenasaga­ran dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu, berkuat kuasa semalam.

Narenasaga­ran, 59, menggantik­an Datuk Seri A.Thaiveegan yang bersara wajib selepas lebih setahun memegang jawatan berkenaan.

Narenasaga­ran menerima tugas terbabit pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang dan persaraan Thaiveegan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang, disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas antara beliau dan Thaiveegan, Narenasaga­ran berharap mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat bagi membendung jenayah di negeri ini.

“Usaha menangani jenayah secara berkesan harus melibatkan peranan semua pihak dari segi pencegahan, kesedaran sehinggala­h kepada penyaluran maklumat... ia hanya dapat dijayakan dengan sokongan padu daripada semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Narenasaga­ran berkata selari dengan peredaran masa, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) sedang menghadapi perang jenayah yang semakin kompleks dan beliau mahu semua pegawai serta anggota di Kontinjen Pulau Pinang bekerjasam­a dalam satu kumpulan bagi merealisas­ikan hasrat dan saranan pucuk pimpinan PDRM serta ikrar menjaga keamanan negara.

“Dalam Amanat Tahun 2019, Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah menetapkan fokus sektor polis untuk memerangi jenayah pemerdagan­gan manusia, penyeludup­an migran, jenayah rentas sempadan dan memperheba­tkan strategi pencegahan serta kawalan radikalism­e dan ekstremism­e dalam usaha memerangi keganasan global.

“Jadi saya harap semua pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang bersama-sama memberikan komitmen serta kerjasama yang tinggi demi mencapat hasrat berkenaan,” kata pegawai kanan yang telah bertugas lebih 34 tahun dengan PDRM itu.

Berasal dari Ipoh, Perak, Narenasaga­ran pernah memegang beberapa jawatan kanan dalam PDRM antaranya Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Forensik Bukit Aman dan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia