Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Azeez, abang didakwa hari ini

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim untuk dihadapkan ke mahkamah berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram, hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata, suruhanjay­a itu telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

SPRM berkata Abdul Azeez dan abangnya ditahan pada jam 4.30 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini.

Mereka tiba secara berasingan di ibu pejabat SPRM itu, dengan Abdul Azeez dilihat tiba pada kira-kira jam 2.55 petang dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna merah.

SPRM berkata mereka akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Kega- nasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DALAM SIASATAN: Abdul Azeez (tengah) yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji tiba ke ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya, semalam untuk membantu melengkapk­an siasatan kes.
— Gambar Bernama DALAM SIASATAN: Abdul Azeez (tengah) yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji tiba ke ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya, semalam untuk membantu melengkapk­an siasatan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia