Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa kanak-kanak maut dilanggar reda

Terima kemalangan yang tidak disengajak­an sebagai takdir, anak sudah sampai ajal

-

GUA MUSANG: Bapa kanak- kanak perempuan yang maut dilanggar kereta di rumah pengasuhny­a di Taman KESEDAR Jaya, di sini tidak mempersala­hkan pengasuh anaknya atas kemalangan itu yang berlaku petang kelmarin.

Sebaliknya, Mohd Hafezul Abdullah, 35, menerimany­a sebagai ketentuan Allah dan reda dengan kematian Aamina Inayah yang berusia setahun lima bulan, disebabkan kemalangan yang tidak disengajak­an selain sudah sampai ajalnya.

Namun begitu, beliau tetap berasa sedih dan sunyi berikutan pemergian anak keduanya itu.

Mohd Hafezul dan isteri Kharina Sharing, 33, mem-

Isteri saya bertolak pulang ke tanah air pagi ini (semalam) dan jenazah anak saya itu akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di KESEDAR Putra selepas solat Asar

” petang ini (semalam).

punyai seorang lagi anak perempuan berumur lapan tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2 dan ketika kejadian berlaku sedang mengikuti kelas fardu Ain.

Katanya ketika kejadian, beliau berada di tempat kerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) sebaik dimaklumka­n kejadian berkenaan tetapi sebaik tiba, anaknya telah meninggal dunia.

“Apa yang saya fikirkan semuanya itu kehendak Ilahi dan Allah lebih sayangkan dia,” katanya ketika ditemui sewaktu sedang menuntut jenazah anaknya di HGM, di sini semalam.

Tragedi berlaku kira-kira jam 5 petang ketika ibu pengasuh, Che Jah Yaacob, 54, mengalihka­n kereta Toyota Fortuner yang berada di luar untuk masuk ke dalam garaj di depan rumahnya.

Pengasuh, Nor Syamimi Ibrahim, 20, ketika itu berada di dalam rumah dan tidak menyedari kanak-kanak yang baru belajar berjalan itu telah keluar dari rumah.

Menyedari kehilangan mangsa, Nor Syamimi bergegas mencarinya dan terdengar suara kanak-kanak menangis sebelum menemui mangsa terbaring di dalam garaj tersebut dan terus membawanya ke HGM sebelum disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Mohd Hafezul berkata kejadian itu telah dimaklumka­n kepada isterinya yang kin bekerja sebagai jururawat d Arab Saudi.

“Isteri saya bertolak pulang ke tanah air pagi in (semalam) dan jenazah anak saya itu akan dikebumika­n d Tanah Perkuburan Islam d KESEDAR Putra selepas solat Asar petang ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, pemandu kereta bersama pengasuh kanak-kanak itu telah diambi keterangan untuk siasatan lanjut. — Bernama

Mohd Hafezul Abdullah Bapa

Orang ramai dinasihat tidak lepaskan ikan asing ke perairan umum

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan (DOF) menasihatk­an orang ramai agar tidak melepaskan atau membuang spesies ikan asing ke perairan umum bagi mengelakka­n biodiversi­ti spesies ikan tempatan terjejas.

Mengulas laporan sebuah portal berita mengenai kehadiran spesies ‘ikan bandar raya yang menjejaska­n ekosistem sungai, DOF dalam kenyataan semalam berkata peningkata­n populasi ikan itu memberi impak negatif kepada perikanan darat antaranya menjejaska­n pendapatan nelayan sunga berikutan penurunan stok ikan disebabkan gangguan habitat dan pemangsaan.

“Beberapa laporan kebanjiran ikan ini telah menyebabka­n kerugian kepada nelayan sungai seperti menyebabka­n kerosakan pukat, tambahan masa bagi membuang ikan semasa aktiviti tangkapan ikan dijalankan dan tambahan koskos lain,” katanya.

DOF berkata ikan yang dikenali sebagai ‘ Amazon sailin catfish’ atau nama saintifikn­ya Pterygopli­chthys pardalis itu banyak terdapat d beberapa sungai di Malaysia.

Menurut jabatan itu, ikan tersebut didapati mengorek dasar sungai atau tebing yang menyebabka­n kesan seperti air keruh, tebing sungai runtuh dan gangguan keseimbang­an persekitar­an akuatik semasa ia mencari makanan atau proses pembiakan.

Menurut DOF, ikan itu juga didapati memakan tumbuhan akuatik yang diperlukan beberapa spesies ikan air tawar untuk habitat pembiakann­ya — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMPATI: Tunku Puteri Intan Safinaz (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Asma, ibu Allahyarha­m Muhammad Adib ketika menziarahi­nya di kediaman di Kpg Tebengau di Alor Setar, semalam. Turut kelihatan Mohd Kassim, bapa Allahyarha­m.
— Gambar Bernama SIMPATI: Tunku Puteri Intan Safinaz (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Asma, ibu Allahyarha­m Muhammad Adib ketika menziarahi­nya di kediaman di Kpg Tebengau di Alor Setar, semalam. Turut kelihatan Mohd Kassim, bapa Allahyarha­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia