Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga Muhammad Adib harap prosiding inkues lancar, cepat

-

Kini hampir sebulan berlalu sejak kepergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim akibat diserang dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya hujung November tahun lepas, namun rasa rindu sang ayah dan ibu tidak pernah reda.

“Saya dan isteri ( Asma Aziz, 51) sangat merinduiny­a dan setiap hari kami akan ke pusaranya di tanah perkuburan di Masjid As-Saadah yang terletak berdekatan rumah bagi menghadiah­kan doa buat Muhammad Adib,” kata Mohd Kasim Abdul Hamid, 63.

Beliau berkata, sehingga semalam, rumahnya di Kampung Tebengau, di sini masih dikunjungi oleh orang ramai yang ingin berkongsi kesedihan dan simpati yang menimpa anaknya itu.

Pagi semalam, Mohd Kassim dan Asma menerima kunjungan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Baginda yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) menzahirka­n rasa simpati dan turut menyampaik­an sumbangan kepada keluarga itu.

Dalam pada itu, Mohd Kassim dan anggota keluarga berharap prosiding pengurusan inkues bagi menentukan punca kematian anaknya itu yang ditetapkan pada Jumaat ini (18 Januari) dapat berjalan lancar dan selesai secepat mungkin.

Ini bagi memberi keadilan kepada Allahyarha­m Muhammad Adib, seterusnya membawa pesalah ke muka pengadilan.

“Harapan saya dan keluarga supaya ia berjalan lancar untuk mencari keadilan, sudah tentu sepanjang insiden itu, saya sebagai ayah sangat sedih dan tersentuh, namun Alhamdulil­lah kami harunginya dengan sabar dan tabah,” katanya kepada pemberita di rumahnya semalam.

Peguam Cara III Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, berkata pihak Jabatan Peguam Negara telah memfailkan dokumen kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Shah Alam dan mahkamah kemudianny­a menetapkan tarikh berkenaan.

Prosiding inkues itu akan dijalankan di Mahkamah Koroner yang bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum itu telah melengkapk­an kertas siasatan kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu dan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia