Utusan Borneo (Sarawak)

UMMAH mahu siasatan kes kematian Muhammad Adib dibuat tanpa campur tangan politik

-

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mahu siasatan kematian anggota bomba Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim dijalankan dengan telus agar tidak wujud campur tangan politik, kata pengerusin­ya Aminuddin Yahaya.

“Kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tidak melengah-lengahkan (proses perundanga­n) berhubung kes ini kerana kita tidak mahu wujudnya unsur ubah suai laporan (kematian Muhammad Adib) atau ( cubaan) melindungi manamana pihak,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

Beliau tidak menolak kemungkina­n UMMAH menganjurk­an perhimpuna­n di seluruh negara jika wujud salah laku dalam pengendali­an siasatan itu.

Muhammad Adib, 24, cedera parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lepas dan anggota bomba itu disahkan meninggal dunia pada 18 Disember di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pada 10 Januari lalu, Tim- balan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah melengkapk­an sepenuhnya siasatan kes kematian Muhammad Adib dan kertas siasatan itu telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEGAK KEADILAN: Aminuddin (tengah) bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kes kematian anggota bomba dan penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata pihaknya mahu siasatan kes kematian ini dijalankan dengan telus serta mengikut undang-undang sedia ada.
— Gambar Bernama TEGAK KEADILAN: Aminuddin (tengah) bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kes kematian anggota bomba dan penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata pihaknya mahu siasatan kes kematian ini dijalankan dengan telus serta mengikut undang-undang sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia