Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM nafi siasatan halang pembekalan baju kalis api bomba

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan siasatanny­a terhadap kes pembekalan baju kalis api Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menyekat perolehan atau pembelian baju baharu oleh JBPM sejak 2017, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan semalam.

Menurut SPRM, siasatan berhubung kes pembekalan baju kalis api oleh JBPM itu ketika ini hampir selesai dan hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundanga­n Bersama (MLA).

“SPRM telah menghantar contoh baju kalis api yang dibekalkan oleh kontraktor kepada Jabatan Kimia dan mengesahka­n baju ini tidak selamat digunakan kerana tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JBPM,” kata suruhanjay­a itu dalam satu kenyataan semalam.

SPRM dalam kenyataan itu menegaskan bahawa siasatan yang dijalankan olehnya tidak menghalang atau menyeka perolehan atau pembelian oleh JBPM.

“Sekiranya timbul sebarang keraguan berhubung isu ini JBPM boleh menghubung SPRM,” katanya.

Menurut laporan media itu sembilan balai bomba dan penyelamat (BBP) di seluruh negara berdepan masalah kekurangan baju kalis ap berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017 susulan siasatan SPRM.

Laporan itu berkata keadaan tersebut menyebabka­n anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunaka­n baju kalis api usang yang koyak ataupun berkongs baju dengan rakan lain yang tidak bertugas jika berlaku kebakaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia