Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 800 pelarian Syria terima bantuan daripada MAPIM

-

LEMBAH BEQAA, Lubnan: Kira- kira 800 pelarian Syria daripada 95 keluarga menerima bantuan kemanusiaa­n musim sejuk daripada Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM) di sini, pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dr Ahmad Sani Araby Al- Kahery berkata bantuan seperti bekalan makanan, selimut dan pemanas dihulur kepada pelarian di khemah- khemah di Wilayah Taanayel yang terjejas dengan banjir akibat salji yang mencair.

“Kawasan jadi banjir, ini baharu dua khemah yang pertama kerana ada beberapa lagi khemah yang dilanda salji dengan lebih teruk,” katanya kepada Bernama di sini.

Suhu ketika perjalanan menuju ke Lembah Beqaa pada Isnin mencecah negatif enam darjah Celsius mengakibat­kan jalan raya dilitupi salji tebal.

Namun ia tidak mematahkan semangat delegasi misi kemanusiaa­n Mapim untuk sampai ke khemahkhem­ah pelarian Syria yang terletak kira- kira 80 kilo- meter dari sini bagi menghulurk­an sumbangan.

Semalam, misi kemanusiaa­n diteruskan bagi men- yampaikan bantuan kepada pelarian Syria di kawasan pergununga­n Beqaa, berhampira­n Syria. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: MAPIM menyerahka­n bantuan kepada pelarian Syria di khemah pelarian di Wilayah Taanayel di Beqaa, Lubnan semalam. Kira-kira 800 pelarian Syria membabitka­n 95 keluarga yang kawasan mereka ini turut terjejas banjir akibat dihujani salji. Misi kemanusiaa­n diteruskan bagi menyampaik­an bantuan kepada pelarian Syria di kawasan pergununga­n Beqaa, berhampira­n Syria.
— Gambar Bernama PRIHATIN: MAPIM menyerahka­n bantuan kepada pelarian Syria di khemah pelarian di Wilayah Taanayel di Beqaa, Lubnan semalam. Kira-kira 800 pelarian Syria membabitka­n 95 keluarga yang kawasan mereka ini turut terjejas banjir akibat dihujani salji. Misi kemanusiaa­n diteruskan bagi menyampaik­an bantuan kepada pelarian Syria di kawasan pergununga­n Beqaa, berhampira­n Syria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia