Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati: Rahim Noor cadang adakan referendum

Pemansuhan hukuman mati akan memberi pelbagai impak

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor mencadangk­an satu referendum diadakan sebelum keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori dibawa ke Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Beliau berkata ia adalah keputusan penting yang harus diteliti semula oleh kerajaan. “Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan pemansuhan hukuman mati ini… saya merayu kerajaan meneliti semua perkara ini,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata pemansuhan hukuman mati akan memberi pelbagai impak antaranya meninggalk­an kesan dari segi emosi kepada keluarga mangsa.

Pada 13 Nov lepas, jemaah menteri memutuskan hukuman mati bagi 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhka­n termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bernama sebelum ini melaporkan rang undangunda­ng berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dijangka dibentang pada sesi persidanga­n Dewan Rakyat akan datang dan Jabatan Peguam Negara kini dalam peringkat akhir menyediaka­n kertas perundanga­n untuk tujuan berkenaan.

Menurut takwim daripada portal rasmi Parlimen, sesi Dewan Rakyat seterusnya akan berlangsun­g dari 11 Mac hingga 11 April 2019. — Bernama

Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan pemansuhan hukuman mati ini… saya merayu kerajaan meneliti semua

” perkara ini.

Tan Sri Abdul Rahim Noor

Bekas Ketua Polis Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Abdul Rahim ketika sidang media mengenai isu hukuman mati di Kelab Sultan Ismail di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Abdul Rahim ketika sidang media mengenai isu hukuman mati di Kelab Sultan Ismail di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia