Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dikhuatiri lemas di sungai selepas gagal samun

-

Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila dikatakan terjun ke dalam Sungai Besut selepas gagal dalam cubaan menyamun seorang wanita warga emas di Kampung Dengir di sini.

Lelaki berusia 45 tahun bersenjata­kan parang itu dilapor cuba menyamun wanita penternak lembu berusia 62 tahun itu di kawasan ternakanny­a kira-kira jam 6 petang kelmarin.

“Cubaan untuk menyamun itu tidak berjaya apabila wanita berkenaan menjerit menyebabka­n lelaki terbabit melarikan diri,” kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Beliau berkata berdasarka­n keterangan wanita itu, lelaki terbabit dilapor terjun ke sungai berhampira­n dan penduduk kampung menemui beg pinggang bersama kad pengenalan dipercayai milik lelak terbabit di tepi sungai itu.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Jertih Hanaffi Mohd berkata operasi mencar dan menyelamat lelaki terbabi dilakukan pada jarak lingkungan 25 meter dari tempat terakhir dia dilihat.

“Kami turut menjalanka­n pencarian di kawasan berteluk dan sekitar tebing sungai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CARI: Anggota Bomba dan Penyelamat Besut dan Polis Diraja Malaysia menjalanka­n operasi mencar seorang lelaki saspek kes samun berumur 45 tahun yang dipercayai lemas di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja Jertih, Besut semalam.
— Gambar Bernama CARI: Anggota Bomba dan Penyelamat Besut dan Polis Diraja Malaysia menjalanka­n operasi mencar seorang lelaki saspek kes samun berumur 45 tahun yang dipercayai lemas di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja Jertih, Besut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia