Utusan Borneo (Sarawak)

Penguranga­n subsidi air P. Pinang dibuat bagi menjalanka­n kerja infrastruk­tur

-

Penguranga­n subsidi air di Pulau Pinang yang bakal dilaksanak­an adalah bagi membolehka­n kerja- kerja pembanguna­n infrastruk­tur air dijalankan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Chow berkata kerajaan negeri menjangkak­an akan mengurangk­an subsidi air yang diberikan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) antara 20 hingga 30 peratus.

“Pada ketika ini subsidi yang diterima PBAPP adalah dalam lingkungan RM80 hingga RM81 juta subsidi setiap tahun. Maka jika subsidi diberikan ia akan mengurangk­an kewangan PBAPP untuk menjalanka­n kerja-kerja infrastruk­tur tersebut.

“Jikalau subsidi ditukar kepada dana untuk pembanguna­n infrastruk­tur untuk menjamin bekalan dan sumber air yang menncukupi, bersih, tak ada catuan air maka itu, kos melepas yang perlu kita pikul,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2019 di Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang di sini semalam.

Chow berkata atas dasar itu, beliau berharap pengguna-pengguna di negeri ini memahami terhadap alasan yang diberikan pihak PBAPP di mana PBAPP tidak berniat untuk menaikan kadar tarif air begitu saja tanpa sebab dan alasan.

“Kita harap pengguna semua faham itu alasan daripada pihak PBAPP, kita bukan sekadar nak naik tarif begitu saja. Perkara ini (kenaikan) juga tertakluk kepada kerajaan persekutua­n dan kabinet untuk memutuskan permohonan kita.

Kita boleh pohon, tetapi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) dan kementeria­n akan menimbang apakah perbelanja­an yang perlu untuk kerja prasarana, apakah bebanan pengunapen­guna apabila kadar air dinaikkan,”katanya.

Chow berkata kadar tarif air di negeri ini merupakan yang terendah di Malaysia dengan hanya RM0.32 sen bagi setiap 1,000 liter kerana penerimaan subsidi yang tinggi.

Oleh itu, katanya subsidi air sebanyak RM163.2 juta dalam tempoh dua tahun pada 2017 dan 2018 adalah tidak mampan kerana PBABPP memerlukan dana yang mencukupi untuk melaksanak­an projek kejuteraan bekalan air dalam tempoh 2019-2021.

Semalam Chow mengu- mumkan PBAPP akan menggunaka­n hasil tambahan daripada kenaikan tarif air untuk membiayai projek- projek bekalan air di negeri ini.

Lima projek utama yang dikenal pasti oleh PBAPP ialah Saluran Paip Berkembar Pulau Pinang Butterwort­h- Pulau Pinang (Saluran Paip Bawah Tanah ketiga), Skim Pemindahan Air Mentah Sunga Perak, Menaik taraf Semua Loji Rawatan Air, Empangan dan Stesen Pam Sedia Ada menggantik­an dan memasang saluran paip baharu.

Rabu lepas, Chow mengumumka­n bahawa kadar tarif air di Pulau Pinang akan meningkat sebanyak kira-kira 20 peratus tahun ini seiring dengan usaha oleh Kerajaan Persekutua­n untuk menstruktr­ur semula industr perkhidmat­an bekalan air d negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia