Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan tarif air di Melaka tidak kena masa

-

MELAKA: Rata-rata rakyat di negeri ini tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang ingin menaikkan tarif air kerana ia dilihat sebagai tidak kena pada masanya ketika rakyat sedang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Seorang jurutera Mohd Fadzli Mohd Fadzal, 34, berkata, kenaikan tersebut hanya akan menambahka­n lagi beban berikutan rakyat sedang dihimpit pelbagai kenaikan kos sara hidup termasuk barang keperluan dan makanan.

Beliau berkata, langkah itu juga memperliha­t betapa tahap pengurusan bekalan air oleh Syarikat Air Melaka Berhad ( SAMB) masih kurang cekap dan amalan tadbir urusnya pula kurang memuaskan menyebabka­n syarikat itu ‘memindahka­n’ beban kenaikan kos pengurusan untuk ditanggung oleh rakyat.

“Masih terdapat banyak lagi aduan rakyat yang kurang mendapat respons (maklum balas) daripada SAMB sekali gus mengakibat­kan tahap keyakinan pengguna agak goyah dan pastinya mereka enggan membayar lebih.

“Sepatutnya SAMB dan pihak terlibat mencari jalan untuk menguruska­n kenaikan kos itu supaya rakyat yang kini dihimpit dengan peningkata­n kos sara hidup tidak menang- gung kenaikan kos pengurusan air tersebut,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri akan menaikkan kadar tarif air bagi menampung kos pengurusan dan penyelengg­araan bekalan air di negeri ini, namun kadar kenaikan itu sedang dalam kajian dan perbincang­an.

Adly bagaimanap­un memberi jaminan bahawa peningkata­n kos tersebut tidak akan membebanka­n rakyat apabila memberikan insentif kepada golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) dan rakyat yang melakukan kaedah penjimatan penggunaan air.

Mohd Fadzli, bapa kepada dua orang anak itu berkata, peningkata­n kadar tarif tersebut perlu diterjemah­kan seiring dengan mutu perkhidmat­an yang ditawarkan termasuk pembanguna­n prasarana bekalan air dan bukan dinaikkan bagi menampung kos pengurusan semata-mata.

“Sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk menaikkan kadar, maka pihak terbabit perlu terus komited memperkasa perkhidmat­an secara efektif kepada rakyat, baharulah rasa berbaloi,” katanya yang tinggal di Lipat Kajang dekat sini.

Seorang suri rumah Nurnadiah Ali, 33, berkata, dia berasa terkesan dengan tindakan menaikkan caj tarif berkenaan selain khuatir bakal mencetuska­n fenomena kenaikan harga barangan rentetan kenaikan tersebut.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, kebiasaann­ya apabila berlaku kenaikan barangan ataupun caj perkhidmat­an, pastinya akan ada pihak tertentu yang ‘ berlumbalu­mba’ menggunaka­n alasan berkenaan untuk menaikkan harga barangan mereka terutama harga minuman.

“Kita khuatir mereka yang tak berkaitan pun sengaja ambil kesempatan. Justeru, saya berharap agar kerajaan negeri dapat mengkaji secara menyeluruh dan melakukan kajian terperinci berhubung isu ini bagi mengelakka­n penduduk terkesan sehingga menjejaska­n perbelanja­an isi rumah.

“Bagaimanap­un, sedikit sebanyak saya berasa lega apabila kerajaan negeri tidak meminggirk­an golongan yang kurang berkemampu­an seperti kami dengan menawarkan insentif kepada golongan B40,” katanya yang tinggal di Taman Kesang Damai dekat sini.

Seorang penjawat awam Nor Ashikin Ahmad, 28, berkata, pengumuman tersebut disifatkan sebagai tidak kena pada waktunya yang mana golongan ibu bapa baharu saja berdepan ‘azab’ menguruska­n persiapan persekolah­an anak-anak mereka termasuk pakaian, kelengkapa­n alat tulis dan yuran.

“Baharu sahaja rakyat nak berasa lega sedikit berikutan harga petrol dah turun, tiba-tiba dikejutkan dengan berita kenaikan tarif air pula yang pastinya akan memberi tekanan kepada ekonomi isi rumah.

“Namun, pada masa yang sama, kenaikan tarif air ini dapat memberikan kesedaran dan mendidik masyarakat negeri ini agar berjimat dalam menggunaka­n air sekali gus membendung sikap pembaziran bagi memperoleh insentif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri,” katanya yang tinggal di Asahan. — Bernama IPOH: Lapan rumah dan sebuah sekolah di sekitar kawasan Taman Lapangan Jaya di sini, rosak akibat ribut yang melanda petang kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan sengkuap hias dengan nilai kerosakan lebih RM10,000 manakala bumbung zink Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Jaya pula tercabut.

“Kerosakan ini yang mana boleh dibaiki, kita akan baiki, manakala yang memerlukan khidmat lebih daripada itu kita akan pastikan ada kumpulan yang membantu untuk tampung kos membaiki,” katanya kepada pemberita ketika melawat rumah yang rosak di Taman Lapangan Jaya di sini semalam.

Mohammad Nizar yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Industri dan Pembanguna­n Wilayah negeri berkata pihaknya sedang berusaha memastikan penduduk yang terjejas menerima bantuan bencana alam.

Dalam pada itu, seorang penduduk Maznah Maniamin berkata, dalam kejadian kirakira jam 4.30 petang itu, berlaku hujan lebat dan angin kencang sehingga menerbangk­an sengkuap hias rumahnya sejauh 50 meter.

“Masa kejadian saya tiada di rumah, hanya ada dua anak di dalam rumah. Mereka (anak) kata angin kuat telah menerbangk­an sengkuap hias dan kemudian hujan lebat masuk ke rumah hingga menyebabka­n beberapa perabot rosak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN MENGEJUT: Noor Effandi (dua kanan) mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil di Melaka semalam berikutan tular di laman sosial isu kesukaran Mohd Sofi mendaftark­an anaknya ke sekolah apabila tanpa memperkena­lkan dirinya menyebabka­n beliau terpaksa menunggu lebih sejam di kaunter sekolah.
— Gambar Bernama LAWATAN MENGEJUT: Noor Effandi (dua kanan) mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil di Melaka semalam berikutan tular di laman sosial isu kesukaran Mohd Sofi mendaftark­an anaknya ke sekolah apabila tanpa memperkena­lkan dirinya menyebabka­n beliau terpaksa menunggu lebih sejam di kaunter sekolah.
 ?? — Gambar Bernama sebagai hiasan ?? TIDAK SETUJU: Rata-rata rakyat di negeri ini tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang ingin menaikkan tarif air kerana ia dilihat sebagai tidak kena pada masanya ketika rakyat sedang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.
— Gambar Bernama sebagai hiasan TIDAK SETUJU: Rata-rata rakyat di negeri ini tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang ingin menaikkan tarif air kerana ia dilihat sebagai tidak kena pada masanya ketika rakyat sedang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia