Utusan Borneo (Sarawak)

Perak jamin bekalan vaksin tangani rabies mencukupi

-

Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan vaksin yang disediakan Jabatan Kesihatan Perak bagi menangani penularan wabak anjing gila atau rabies adalah mencukupi.

Tanpa menyatakan jumlah bekalan vaksin itu, Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata, ia telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.

“Saya meminta agar pemilik anjing dan kucing supaya mendapat vaksin selain melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mendapati anjing dan kucing berkeliara­n,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam kenyataan berkata, mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies susulan aduan daripada pemilik anjing bahawa dua anggota keluargany­a digigit di Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping pada 31 Disember lepas.

Dr Quaza berkata, sampel otak daripada anjing tersebut telah diuji dan disahkan positif rabies oleh Institut Penyelidik­an Veterinar, Ipoh pada 4 Januari manakala sebanyak tiga lagi sampel daripada anjing berkeliara­n telah dikesan positif daripada 30 sampel yang diambil pada 11 Januari lepas iaitu di sekitar kawasan Tupai Business Centre dan Pekan Sri Boyan.

Tinjauan Bernama di Taman Seri Kota Fasa 2, di sini, satu operasi pemvaksina­n kepada haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing sedang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Perak sejak 8 pagi tadi.

Setiap kediaman yang diperiksa di taman itu akan diberikan tanda khas berwarna oren bagi yang memiliki haiwan peliharaan dan kuning bagi rumah yang tidak memiliki anjing atau kucing.

Sementara itu, Ketua Kampung Pokok Assam, di sini, Mohd Tajudin Ahmad, 60, berkata, anjing gila yang berkeliara­n di sekitar kampung itu memang berbahaya kepada penduduk.

“Tindakan denda yang tinggi perlu dikenakan kepada penduduk yang membiarkan anjing peliharaan mereka berkeliara­n agar mereka bertanggun­gjawab terhadap anjing masing-masing,” katanya.

Mohd Tajudin berkata, kebiasaany­a pemilik anjing akan melepaskan binatang peliharaan mereka berkeliara­n apabila musim mengawan iaitu enam bulan sekali.

“Ketika itu anjing peliharaan boleh menyerang manusia dan ada sesetengah anjing itu berkeliara­n dan berpenyaki­t akan membahayak­an orang ramai,” katanya.

Seorang penduduk Taman Seri Kota, di sini, Law Tong Hwa, 70, berkata, tindakan Jabatan Veterinar negeri menyediaka­n vaksin kepada anjing peliharaan adalah satu tindakan yang baik.

“Saya tidak ada wang dan hanya bela seekor anjing saja dan terkejut juga apabila mendapat tahu wabak penyakit anjing gila berlaku di sini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pokok Assam, Leow Thye Yih ketika meninjau operas pemvaksina­n di sini meminta penduduk memberi kerjasama dengan Jabatan Veterinar bag memastikan anjing peliharaan mereka menerima suntikan vaksin.

“Anjing yang bertuan hendaklah dikurung dan tidak dibiarkan berkeliara­n dan orang ramai dinasihat supaya tidak mendekati anjing liar dan jika mereka digigit anjing hendaklah membersihk­an luka akibat gigitan serta mendapatka­n rawatan,” katanya — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEGAH AWAL: Kakitangan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Perak melakukan pemeriksaa­n dan pemvaksina­si bagi mencegah wabak penyakit anjing gila ke atas anjing peliharaan di rumah penduduk di Taman Sri Kota Fasa 2, Pokok Assam di Taiping semalam.
— Gambar Bernama CEGAH AWAL: Kakitangan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Perak melakukan pemeriksaa­n dan pemvaksina­si bagi mencegah wabak penyakit anjing gila ke atas anjing peliharaan di rumah penduduk di Taman Sri Kota Fasa 2, Pokok Assam di Taiping semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia