Utusan Borneo (Sarawak)

SOP tangani isu birokrasi sekolah di Melaka dirangka

-

Sebuah prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dirangka dalam masa terdekat melibatkan 313 sekolah di negeri ini bagi menangani kerenah birokrasi serta meningkatk­an mutu perkhidmat­an dan pengurusan terutama di kaunter perkhidmat­an untuk rakyat.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka Noor Effandi Ahmad berkata, SOP yang dijangka dirangka dalam tempoh dua minggu itu akan memberi fokus kepada mengoptimu­mkan peranan gerak kerja kakitangan pentadbira­n sekolah antara lain mengurangk­an bebanan guru.

Beliau berkata, sistem sedia ada dilihat kurang cekap dan berkesan hingga menimbulka­n rungutan serta keresahan ibu bapa dan penjaga yang terpaksa menunggu lama atas sesuatu urusan termasuk pendaftara­n murid baharu serta pertukaran sekolah.

“Kita tidak ( mahu) menuding jari kepada manamana pihak memandangk­an kaedah yang diguna pakai apabila ada pelajar baharu yang hadir ke sekolah (untuk sesi pendaftara­n) maka guru penyelaras tingkatan yang perlu menyelesai­kan urusan tersebut.

“Justeru, inisiatif ( SOP) ini perlu bagi tujuan penambahba­ikan dan kita akan mengarahka­n Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negeri bagi menjalin kerjasama dalam usaha merealisas­ikan cadangan (SOP) tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil di sini semalam.

Turut serta dalam lawatan berkenaan Exco Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan Pengetua SMK Bukit Katil, Abdullah Othman.

Kelmarin, tular di media sosial isu kesukaran Mohd Sofi mendaftark­an anaknya ke sekolah itu tanpa memperkena­lkan dirinya menyebabka­n beliau terpaksa menunggu lebih sejam di kaunter sekolah itu dan rata-rata netizen menggesa agar perkhidmat­an kaunter di sekolah serta pejabat kerajaan ditambah baik bagi memberikan perkhidmat­an terbaik untuk rakyat.

Dalam maklum balas, sekolah itu melalui laman Facebookny­a, memberitah­u guru penyelaras tingkatan satu sekolah itu terpaksa mengajar empat waktu secara berterusan, bagaimanap­un ini menimbulka­n kemarahan netizen yang mempersoal guru dibebani dengan tugas lain selain waktu mengajar amat padat dan tiada petugas lain terutama bahagian pentadbira­n yang mengambil alih tugas itu untuk sementara waktu.

Mengulas lanjut, Noor Effandi berkata, kelewatan mendapatka­n bantuan dan perkhidmat­an daripada pihak pentadbir di sekolah tidak sepatutnya berlaku memandangk­an setiap sekolah mempunyai barisan hadapan kakitangan pentadbira­n di pejabat masingmasi­ng.

“Oleh itu, insiden terpaksa menunggu lebih sejam untuk mendapatka­n perkhidmat­an itu tidak sewajarnya berlaku memandangk­an pihak berkenaan boleh mengambil alternatif bagi membantu guru penyelaras yang tidak ada ketika itu.

“Sehubungan itu, kita akan mengetenga­hkan isu berhubung kecekapan mutu perkhidmat­an pengurusan dan pentadbira­n sekolah ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang mana selepas ini mungkin pegawai tadbir boleh mengambil alih tugas tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia