Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens sedia bertindak jika Liverpool tersandung

City kini empat mata di belakang The Reds selepas kemenangan selesa 3-0 ke atas Wolves di Stadium Etihad kelmarin

-

MANCHESTER: Pep Guardiola berkata pasukannya Manchester City bersiap sedia untuk bertindak jika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool tersandung, ekoran kemenangan selesa 3-0 ke atas Wolves kelmarin yang meletakkan City empat mata di belakang pasukan Jurgen Klopp.

Dua gol pada babak pertama daripada Gabriel Jesus, sebelum dan selepas kad merah dilayangka­n kepada pemain pertahanan Wolves dari Perancis, Willy Boly, membolehka­n City untuk menunjukka­n mereka sudah mengatasi prestasi mereka yang goyah pada Disember lalu.

Pengurus City itu tidak rasa terdorong untuk menganalis­a kedudukan liga dan menegaskan dia hanya berminat dengan prestasi pasukannya sendiri.

“Kami tidak dapat bermain dalam perlawanan lain menentang Liverpool, kami tidak dapat berbuat apa-apa mengenainy­a,” kata Guardiola

“Kami hanya dapat memenangi perlawanan kami dan berada di sana. Kami sudah bercakap kepada pemain kami mengenainy­a dan hakikat bahawa kami tidak dapat me n g a w a l apa yang mereka dapat buat. K a m i hanya dapat berada di sana dan mungkin suatu hari nanti mereka akan gagal. Namun jika mereka tidak tewas, maka mereka akan menjadi juara.

“Kami telah mencatatka­n

Kami tidak dapat bermain dalam perlawanan lain menentang Liverpool, kami tidak dapat berbuat apa-apa mengenainy­a. ” Pep Guardiola

Pengurus Manchester City

jumlah yang menakjubka­n selepas m u s i m l e p a s , t e t a p i s e b u a h pasukan telah bermain dengan lebih baik berbanding kami setakat ini. Apa yang kami dapat buat adalah berada di sana sehingga ke akhir dan keputusan akan menentukan siapa yang akan menang.”

Dua minggu selepas 2019 bermula, City sudah menjaringk­an 21 gol yang menakjubka­n dalam empat perlawanan di stadium sendiri pada tahun ini dan menyumbat 99 gol dalam semua pertanding­an dalam kempen semasa.

Jesus menjaringk­an hanya tiga gol sahaja dalam 16 perlawanan liga sebelum tahun baharu tetapi dua jaringannt­ya ketika menentang pasukan Nuno Espirito Santo meneruskan prestasiny­a yang baik kebelakang­an ini.

Dia menjaringk­an satu gol dalam kemenangan tujuh gol ke atas Rotherham dalam Piala FA dan menyumbat empat gol dalam kemenangan besar 9-0 ke atas Burton dalam Piala Liga pada minggu lepas, dan sekarang ada tujuh gol dalam tiga perlawanan terakhirny­a, walaupun tugasan Citu dipermudah­kan lagi oleh layangan kad merah kepada Boly pada minit ke-19.

Gol pembukaan Jesus dijaringka­n pada minit ke-10 selepas hantaran cantik sejauh 40 ela dari pemain pertahanan Aymeric Laporte mendedahka­n pertahanan Wolves dan melepaskan Leroy Sane yang memecut di sayap kiri.

Hantaran rendah pemain Jerman itu dibaca dengan sempurna, sama juga dengan larian Jesus, apabila dia masuk dan menolak bola ke dalam gawang terbuka.

Asakan kasar Boly tidak lama kemudian, iaitu terjahan sebelah kaki yang tidak terkawal ke atas Bernardo Silva, mungkin tidak berniat jahat tetapi sewajarnya dilayangka­n kad merah.

“Ia bentesan yang agak keras tetapi saya tidak apa-apa,” kata Bernardo. “Ya, dia ada memohon maaf pada akhir perlawanan. Perkara seperti ini berlaku.”

Dengan Wolves yang bermain dengan 10 orang, gol kedua Jesus pada malam itu, menerusi tendangan penalti pada minit ke-39, menyukarka­n usaha untuk melihat Wolves bangkit semula.

Sekali lagi pengadil Craig Pawson dipercayai telah membuat keputusan yang betul apabila Raheem Sterling melaku- kan gerakan satu-dua hanya untuk dijatuhkan oleh asakan cemerkap Ryan Bennett.

Jesus melakukan larian yang ragu-ragu untuk tendangan penaltinya, tetap tendangann­ya yang yakin ke sudut kanan bawah go ternyata yakin.

Kevin De Bruyne, yang diletakkan di atas bangku pemain simpanan selepas dia menunjukka­n kemarahan setelah digantikan dalam kemenangan besar ke atas Burton pada minggu lepas, dimasukkan ya selepas sejam.

Dalam persembaha­n yang rancak, hantaran lintangnya ekoran tendangan sudut pendek pada minit ke-78 telah ditolak masuk ke dalam gawangnya sendiri oleh Conor Coady.

“Saya tidak ada bola ahli silap mata untuk mengetahui bila saya akan kehilangan mata,” kata Guardiola.

“Namun saya berkata kepada pemain, ‘jangan lihat kalendar untuk perlawanan Liverpool – lupakan sahaja’ kerana biasanya apabila in berlaku, dalam pengalaman saya, kita tewas dalam perlawanan kita, dan selepas itu ia berakhir.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GEGAR JARING: Jesus menjaringk­an gol pertama City pada perlawanan liga menentang Wolverhamp­ton di Stadium Etihad, Manchester kelmarin.
GEGAR JARING: Jesus menjaringk­an gol pertama City pada perlawanan liga menentang Wolverhamp­ton di Stadium Etihad, Manchester kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia