Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Super: Ronaldo buru kejuaraan pertama Juve pada 2019 di Arab Saudi

-

Juventus yang diwakili Cristiano Ronaldo menyasari kejuaraan pertama mereka pada 2019 dalam Piala Super Itali pada Rabu (malam ini waktu Malaysia) berlatarbe­lakangkan kontrovers­i dan protes berhubung isu-isu hak asasi manusia dan had tiket yang dikenakan ke atas penyokong wanita oleh tuan rumah Arab Saudi.

Perlawanan sekali itu biasanya di antara juara bertahan Serie A menentang juara Piala Itali.

Memandangk­an Juventus memenangi kedua-dua trofi pada musim lepas, mereka akan menentang AC Milan, finalis Piala yang tewas, di Stadium Kota Sukan Raja Abdullah, di Jeddah.

Ia merupakan kali ke-10 perlawanan akhir Piala Super diadakan di seberang laut dalam 31 edisi, dengan Amerika Syarikat, China dan Qatar yang menganjurk­an perlawanan pada masa lalu.

Namun tiada perbincang­an yang begitu hangat semenjak pemilihan ibu negara Libya, Tripoli, pada 2002.

Hak asasi manusia dan isu-isu lain telah membayangi persiapan, dan Amnesty Internatio­nal menggesa kedua- dua negara untuk menolak perlawanan itu bagi membantah pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dalam konsulat Saudi di Istanbul.

Kemarahan dimarakkan lagi apabila Serie A mengeluark­an maklumat mengenai cara untuk mendapatka­n tiket, dengan menyatakan beberapa kategori tempat duduk hanya disediakan untuk kaum lelaki dan kaum wanita hanya boleh mendapatka­n akses dengan membeli tiket dalam kawasan “keluarga” di stadium yang mempunyai 60,000 tempat duduk.

Timbalan Perdana Menteri Itali Matteo Salvini mengecam sekatan itu sebagai “menjijikka­n”.

“Mengadakan perlawanan Supercoppa Itali di sebuah negara Islam di mana wanita tidak dapat pergi ke stadium jika mereka tidak diiringi seorang lelaki adalah menyedihka­n. Ia menjijikka­n. Saya tidak akan menonton perlawanan itu,” kata Salvini, peminat tegar AC Milan.

Ketua Serie A Gaetano Micciche mempertaha­nkan keputusan untuk bermain di Arab Saudi sebagai bersejarah.

“Sehingga tahun lepas, kaum wanita ( di

Arab Saudi) tidak dapat menonton s e b a r a n g acara sukan,” katanya.

“Kita sedang berusaha untuk memastikan dalam perlawanan seterusnya yang diadakan di negara itu, kaum wanita dapat mengakses semua tempat duduk dalam stadium.”

Riyadh, yang sekian lama diketahui mengenakan sekatan keras ke atas wanita, pada tahun lepas melonggark­an peraturan selama berdekadde­kad yang memisahkan kaum lelaki daripada kaum wanita untuk membolehka­n kaum wanita memasuki stadium bola sepak buat pertama kali.

Pemain pertahanan Brazil di Juventus, Alex Sandro, berkata dia menjangkak­an “jenis perlawanan yang berlainan”.

“Saya pernah ke sana ( Jeddah) bersama Brazil dan saya rasa rakyat Saudi sedang mengambil l a n g k a h ke hadapan. “Mereka mempunyai budaya dan penyokong yang berbeza, tetapi saya rasa ia adalah perlawanan akhir yang dijangka bagus.” Badan penyiaran BeIN Sports di Qatar juga meminta ketuaketua bola sepak Itali untuk membatalka­n perlawanan itu ekoran dakwaan bahawa saluran yang disokong oleh Saudi mencuri siaran secara langsung perlawanan termasuk perlawanan Serie A.

Qatar sedang mengalami boikot ekonomi yang diketuai Saudi di tengah ketegangan di rantau berkenaan.

Di atas padang, juara liga Itali sebanyak tujuh kali Juventus – didorong oleh bintang Portugis Cristiano Ronaldo – pasti mahu terus membenam seteru mereka.

Pasukan Massimilia­no Allegri belum lagi tewas setakat ini dalam Serie A, dan pasti mahu memenangi kejuaraan pertama mereka pada musim ini, yang mereka harap juga akan termasuk Liga JuaraJuara.

Ronaldo adalah penjaring terbanyak dalam carta penjaring gol dalam Serie A dengan 14 gol sejak dia tiba pada musim lepas dari Real Madrid atas kontrak bernilai 110 juta euro (RM480 juta).

Namun rekod Juventus tidak menentu dalam beberapa Piala Super sebelum ini selepas memenangi hanya satu sahaja daripada empat edisi terakhir – tewas kepada AC Milan pada 2016 dan Lazio pada tahun lepas.

Juventus dan AC Milan masing-masing sudah memenangi tujuh kejuaraan Piala Super sejak trofi itu pertama kali diberikan pada 1988.

Perlawanan di Jeddah juga mungkin perlawanan perpisahan bagi penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain, yang pasti mahu membalas dendam ke atas kelab induknya Juventus sebelum dia dijangka berhijrah ke Chelsea.

Higuain – yang menyertai Milan untuk memberi laluan kepada Ronaldo – gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti dan dibuang dari padang ketika AC Milan tewas 2-0 kepada Juventus dalam perlawanan terakhir di antara kedua-dua pasukan dalam liga pada November lalu. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia