Utusan Borneo (Sarawak)

Wagner tinggalkan Huddersfie­ld atas persetujua­n bersama: Kelab

-

Huddersfie­ld mengumumka­n perletakan pengurus David Wagner atas persetujua­n bersama kelmarin tatkala kelab itu terpacak di tempat tercorot dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan seri tanpa jaringan pada Sabtu lepas di Cardiff menamatkan siri sembilan perlawanan berturut- turut dalam semua pertanding­an, iaitu satu rekod kelab, tetapi mereka sudah menang hanya dua kali sahaja dalam liga sepanjang musim.

“David Wagner sudah meninggalk­an jawatannya sebagai ketua jurulatih Huddersfie­ld Town atas persetujua­n bersama,” satu kenyataan kelab menyebut.

“Pengurus berusia 47 tahun itu meninggalk­an Town selepas perbincang­an terperinci dengan lembaga pengarah, dan kedua-dua pihak bersetuju ini adalah langkah yang betul bagi masa depan kelab.”

Wagner, yang menandatan­gani kontrak baharu selama tiga tahun pada Mei tahun lepas, membimbing Huddersfie­ld untuk naik ke liga utama dari liga Kejuaraan dan memastikan mereka terus berada dalam liga utama pada musim lepas.

Pengerusi Huddersfie­ld Dean Hoyle berkata: “Saya mahu bermula dengan mengucapka­n terima kasih kepada David di atas segalanya yang dia telah capai di Huddersfie­ld Town sejak tiga setengah tahun yang lalu.

“Di bawah penjagaann­ya, kami telah mencapai perkara di atas padang bola sepak yang mengatasi segalanya dalam memori moden, dan yang telah berjalan dengan baik melangkaui jangkaan saya yang paling liar sebagai pengerusi dan sebagai penyokong.

“Di bawah pengurusan David, kami membawa kelab ini ke kedudukan tertinggi yang pernah dipegangny­a dalam tempoh hampir 50 tahun dan mencipta memori yang akan kekal buat selama- lamanya.”

Dia menambah: “Seperti apa yang saya pernah sebut sebelum ini, saya tidak ada hasrat untuk memecat David pada musim ini. Seterusnya David – sebagai seorang lelaki yang hebat – datang kepada kami dan menjelaska­n dia memerlukan rehat daripada kesibukan dalam pengurusan bola sepak.”

Hoyle mengesahka­n jurulatih bawah 23 Mark Hudson akan menggalas tugas untuk perlawanan liga menentang Manchester City pada Ahad ini.

Wagner menggantik­an Chris Powell pada November 2015 selepas dia meninggalk­an jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan simpanan Borussia Dortmund.

Dia mengemudi pasukan The Terriers untuk mengelak masalah penyingkir­an dan kemudian pada musim penuhnya yang pertama membimbing mereka untuk naik ke EPL pada 2017.

Mereka melabur kira-kira £40 juta (RM240 juta) untuk mendapatka­n pemain baharu pada musim panas tetapi pada musim ini terpaksa menunggu sehingga November sebelum mereka memenangi perlawanan pertama mereka dalam EPL pada cubaan ke-11.

Town berada lapan mata d bawah zon selamat di tempat tercorot liga.

Hoyle pernah menyatakan dia tidak akan memecat Wagner, jikapun kelab itu turun ke liga bawah, dan mengingatk­an penyokong tentang janji itu pada Oktober lalu.

Pengerusi dan pemilik The Terriers itu menambah: “Selepas perbincang­an yang lama, semua kami merasakan bahawa pembabitan David d kelab itu sehingga akhir musim adalah yang terbaik, tetap kami terus membuka perbincang­an dan semua kami kin merasakan masanya adalah tepat untuk berpisah.

“Saya tahu istilah ‘persetujua­n bersama’ selalunya adalah kata-kata yang digunakan untuk memecat pengurus dalam bola sepak profesiona­l, tetap ini adalah satu keputusan yang benar-benar dibuat bersama.” — AFP

 ??  ?? WAGNER
WAGNER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia