Utusan Borneo (Sarawak)

Pemenang bakal meraih hadiah lumayan

Sejumlah RM25,000 ganjaran bagi pemenang Pertanding­an Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2019

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pertanding­an Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2019 yang julung kali diadakan di sini menjanjika­n ganjaran lumayan buat pemenang dengan jumlah RM25,000.

Pengerusi penganjur, Kaunselor Jimmy De Rozario memberitah­u bahawa pasukan bergelar juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.

Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM5,000 dan RM2,000. Bagi tempat keempat bakal meraih wang tunai RM1,000.

Menurutnya, pemain yang mendapat muncul sebagai penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 setiap seorang.

“Ini adalah ganjaran cukup lumayan dan terbesar untuk sesebuah kejohanan liga bola sepak dan yang pertama seumpamany­a dilangsung­kan di sini.

“Kita amat berterima kasih kepada Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee kerana mencadangk­an idea dan beliau meruapakan penasihat kejohanan ini,” katanya.

Ditemui pemberita selepas mesyuarat jawatankua­sa penganjur kejohanan itu di sini semalam, Jimmy berkata liga itu terbuka kepada pasukan wilayah tengah Sarawak dan terhad kepada 20 pasukan sahaja.

“Selain itu, pasukan mengambil bahagian dari wilayah tengah hanya terhad kepada lapan ( pasukan) manakala Sibu terbuka kepada 12 pasukan,” katanya sambil memberitah­u bayaran masuk adalah RM500 bagi setiap pasukan.

Liga berlangsun­g lima bu-

“”

Ini adalah ganjaran cukup lumayan dan terbesar untuk sesebuah kejohanan liga bola sepak dan yang pertama seumpamany­a dilangsung­kan di sini.

Kaunselor Jimmy De Rozario

Pengerusi penganjur

lan itu dianjurkan bersama oleh Sekretaria­t Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka ( SSBSPN), Pemuda PBB Nangka dan Pusat Khidmat Nangka.

Perlawanan pertama bermula pada 16 Februari depan dan dijangka perlawanan akhir diadakan pada 28 Julai nanti.

Mengenai jadual kejo- hanan, Jimmy memberitah­u ia diadakan satu perlawanan setiap Sabtu manakala dua perlawanan pada Ahad.

Bagaimanap­un, apabila memasuki suku akhir hanya diadakan satu perlawanan pada setiap Sabtu dan Ahad.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Februari depan manakala mesyuarat pengurus pasukan dijadualka­n pada 10 Februari jam 4.30 petang di Pusat Khidmat Nangka.

“Semua piala dan pingat bakal dimenangi adalah ditaja oleh H2 Sports,” katanya.

Untuk maklumat lanju sila hubungi Effendy Abdu Aziz di talian 019- 9833352 Halel Mohd Ibrahim ( 0138117850) atau Junaidi Ahmad ( 013- 8122408).

 ??  ?? SIMBOLIK: Jimmy (enam kiri) secara simbolik menyampaik­an logo liga kepada Dr Annuar dan disaksikan yang lain di Sibu semalam.
SIMBOLIK: Jimmy (enam kiri) secara simbolik menyampaik­an logo liga kepada Dr Annuar dan disaksikan yang lain di Sibu semalam.
 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Pasukan Merpati Putih (duduk) dan Medical Kuching (berdiri) ketika perlawanan persahabat­an di Sri Aman petang kelmarin.
ERAT HUBUNGAN: Pasukan Merpati Putih (duduk) dan Medical Kuching (berdiri) ketika perlawanan persahabat­an di Sri Aman petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia