Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih India letak jawatan selepas pasukannya gagal ke peringkat kalah mati Piala Asia

-

Jurulatih India Stephen Constantin­e meletak jawatan kelmarin selepas tendangan penalti Bahrain menumpaska­n pasukannya 1-0 dan menafikan tempat bersejarah bagi negara gila kriket itu pada peringkat kalah mati Piala Asia.

Sementara itu pasukan tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengukuhka­n tempat mereka selaku pemenang Kumpulan A selepas seri 1-1 dengan Thailand di Al Ain yang turut menyaksika­n pasukan Thai mara.

India nyaris sampai ke fasa kalah mati buat pertama kali sebelum Jamal Rashid menyempurn­akan tendangan penalti yang dramatik untuk memusnahka­n impian mereka dan membantu Bahrain mara.

Selepas kekalahan itu, Con- stantine mengumumka­n dia akan meletak jawatan selepas dia selesai menggalas tugas bagi kali kedua.

“Stephen Constantin­e akan meletak jawatan selepas perlawanan ini,” kata lelaki Inggeris itu yang merujuk kepada dirinya sendiri.

“Saya sudah berada di sini selama empat tahun. Objektif saya dari hari pertama adalah untuk layak ke Piala Asia. Saya sudah melakukan itu dan kami sudah memecah beberapa rekod. Saya terutamany­a bangga dengan para pemain di atas segalanya yang mereka telah berikan.

“Saya rasa kitaran saya sudah selesai,” tambah pengurus berusia 56 tahun itu, yang menyertai semula India untuk kali kedua pada 2015.

“Saya melakukan apa yang disuruh dan agak banyak lagi dan masanya sudah tiba untuk saya meneruskan kehidupan.”

India mengejutka­n Thailand 4-1 dalam perlawanan pembukaan mereka – kemenangan pertama mereka dalam Piala Asia dalam tempoh lebih 50 tahun – tetapi kekalahan 2-0 oleh UAE memastikan perlawanan yang meresahkan di Sharjah.

Televisyen menunjukka­n rakaman pemain simpanan India yang menggigit kuku sepanjang perlawanan, manakala Constantin­e mundarmand­ir di garisan tepi padang dengan memakai sut gelap dan kaca mata sambil melaungkan arahan kepada pemainnya.

India terhutang budi kepada pemain pertahanan tengah Sandesh Jhingan, yang dibandingk­an dalam Twitter dengan Virgil van Dijk di Liverpool oleh ramai peminat yang menonton TV di rumah.

Pemain pertahanan gergasi yang berjambang tebal itu ternyata hebat sekali sepanjang perlawanan untuk memastikan gawang India tidak dibolosi gol.

Namun pasukan Harimau Biru terselamat selepas tandukan pemain gantian Mohamed Jasim Marhoon terkena tiang gol selepas 71 minit.

India bertahan pada hujung perlawanan, pada satu ketika memadatkan kesemua 11 pemain di atas garisan gol mereka sendiri untuk mempertaha­nkan gawang daripada tendangan percuma tidak terus.

Penyerang veteran Sunil Chhetri, yang memintas Lionel Messi dari segi jumlah gol antarabang­sa sewaktu kemenangan ke atas Thailand, bertindak cemerlang untuk melakukan sekatan penting.

Pada waktu India seakanakan bertahan untuk satu mata yang masyhur, Pronay Halder melakukan kekasaran dan Rashed tampil untuk merembat bola ke tengah gol dan meletakkan India di tempat tercorot Kumpulan A untuk menyingkir­kannya dari kejohanan itu.

“Sudah tentulah kami amat kecewa sekali,” kata Constantin­e. “Para pemain sakit, seperti apa yang anda dapat bayangkan. Saya rasa kami tidak sewajarnya mengalami keadaan ini tetapi ia adalah realiti yang ketara.

“Malangnya kami tidak dapat bertahan untuk tiga atau empat minit lagi,” ujarnya.

“Namun saya agak pasti tidak ada orang yang menjangka kami untuk layak ke Piala Asia dan para pemain sudah melebihi jangkaan.”

UAE menamatkan kempen dengan lima mata, lebih satu berbanding Thailand dan Bahrain, yang mara sebagai salah sebuah pasukan tempat ketiga yang terbaik.

“Itu adalah kali pertama dalam kejohanan ini saya melihat pasukan Bahrain saya yang sebenar muncul,” kata jurulatih Bahrain Miroslav Soukup.

“India bertahan dengan menakjubka­n tetapi saya rasa mereka mungkin terlalu memikirkan tentang keputusan seri.”

Ia kelihatan seperti malam yang mudah bagi pasukan UAE di Al Ain apabila penyerang Ali Mabkhout, penjaring terbanyak di kejohanan 2015, menjaringk­an gol selepas hanya tujuh minit sahaja.

Apabila jersi putih melancarka­n serangan, rembatan tingg Ismail Al Hammadi terkena palang gol dan melantun balik dan Mabkhout berada d tempat yang sempurna untuk menanduk masuk bola yang melantun balik.

Namun empat minit sebelum waktu rehat, bola ‘Messi Thai Chanathip Songkrasin ke dalam kotak penalti mencetuska­n panik untuk membolehka­n Thitiphan Puangjan melakukan tolakan mudah ke dalam gawang.

“Hari ini saya menjangkak­an persembaha­n yang lebih baik Kami menguasai perlawanan menjaringk­an gol awal tetap kemudian kami dibolosi satu go dan kami hilang konsentras­i,” kata jurulatih UAE Alberto Zaccheroni. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia