Utusan Borneo (Sarawak)

Ting rangkul kejuaraan sulung Snuker Swan City

-

Pemain snuker berpengala­man, Ting Siew Chon muncul juara Kejohanan Snuker Swan City edisi kelima berakhir hujung minggu lalu di Southern Points Snooker Centre di sini.

Bagaimanap­un, beliau terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain snuker veteran, Jee Chau Kim dengan 32 ( 80- 56, 53- 16, 33- 71, 20- 59, 56- 33).

Kejayaan itu sekali gus menghadiah­kan gelaran pertama buat Ting, 45, sejak terlibat secara aktif dalam sukan snuker dua dekad lalu.

“Kemenangan ini cukup bermakna bagi saya kerana ia sesuatu yang tidak dijangka.

“Apatah lagi dengan kehadiran beberapa pemain ternama turut mengambil bahagian pada kejohanan ini mengecilka­n peluang saya muncul juara,” katanya ditemui pada kejohanan itu.

Ting membawa pulang hadiah wang tunai RM800 serta sebuah piala manakala Jee memenangi tempat kedua meraih hadiah wang tunai RM400 dan piala.

Ricky Thian dan Michael Yao berkongsi kedudukan di tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM200 dan piala.

Seramai 32 pemain mengambil bahagian pada kejohanan anjuran Kelab Rekreasi Swan City ( SCRCS) dengan kerjasama South Point Snooker Centre itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia