Utusan Borneo (Sarawak)

Alan ‘bintang’ Sarawak bakal menyinar

-

‘Mana nak tumpah kuah... kalau tidak ke nasi!’ Begitulah perumpamaa­n sesuai digambarka­n terhadap pemain bola sepak remaja Sarawak yang kian mencipta nama, Alan Lagang Keryer merupakan anak kepada bekas pemain era Ngap Sayot, Keryer Meriya.

Alan dipanggil untuk menyertai sesi pemilihan fasa 1 bersama skuad kebangsaan bawah 19 tahun pimpinan Bojan Hodak selepas menyinar membantu Sarawak pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Produk Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Tabuan Jaya itu juga diserapkan dalam skuad Piala Belia Sarawak pada musim ini yang dipimpin oleh jurulatih muda, Mohd Safri Amit.

Jurulatih SSN SMK Tabuan Jaya, Helearn Wilfred memberitah­u bahawa bakat Alan memang terbukti dan pernah bersama pasukan Gedong Gators dan pemain regular membantu Sarawak layak ke peringkat kebangsaan, Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, beliau juga membantu pasukan Sarawak muncul naib juara kejohanan MSSM Pulau Pinang yang mana Sarawak kemarau 16 tahun beraksi pada perlawanan akhir.

“Pemain ini juga adalah pemenang pemain terbaik pada kejohanan Piala Abang Johari 2018,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penyerang berbakat itu dan mempunyai teknik dan skil yang bagus justeru tidak hairan beliau berjaya menambat hati jurulatih skuad kebangsaan, Bojan Hodak.

Beliau juga berharap Alan menggunaka­n sepenuhnya peluang untuk membuktika­n kemampuan di peringkat lebih tinggi.

Panggilan kebangsaan itu adalah persiapan awal skuad kendalian Bojan Hodak menghadapi kejohanan AFF dan pusingan kelayakan AFC bawah 19 yang dijadualka­n pada Julai dan September nanti.

Sesi pemilihan fasa 1 itu akan berlangsun­g dari 15 hingga 19 Januari ini.

 ??  ?? BERPOTENSI: Helearn (enam kiri) bersama Alan (lima kiri) dan pemain Sarawak yang lain pada aksi final Kejohanan Bola Sepak MSSM Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.
BERPOTENSI: Helearn (enam kiri) bersama Alan (lima kiri) dan pemain Sarawak yang lain pada aksi final Kejohanan Bola Sepak MSSM Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia