Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 44 peserta bersaing kejohanan boling di Brunei

-

Seramai 44 peserta memeriahka­n Pertanding­an Boling Daerah Limbang yang berlangsun­g penuh meriah di Utama Boling BSB, Brunei Darussalam.

Pertanding­an itu diadakan dengan anjuran Kelab Boling Buff Utara ( NBBC).

Sehubungan itu, Amran Sulaiman muncul juara kategori lelaki manakala Aaron Paulus di tempat kedua dan Firmanzaid­yzan Arias Yahaya meraih tempat ketiga.

Bagi kategori wanita, Noni Garib muncul juara diikuti Afifah Danel @ Kamel di tangga kedua dan Enyah Aban ( tempat ketiga).

Selaku juara mereka membawa pulang membawa pulang hadiah wang tunai RM500, kedua ( RM400) dan ketiga ( RM300).

Hadiah disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Turut sama isteri Paulus iaitu Mary Sindang, Penasihat NBBC merangkap Walikota Majlis Daerah Limbang ( MDL), Kaunselor Sufian Mohat dan bekas Pengerusi NBBC Limbang yang juga Ketua Polis Dalat, DSP Roslan Leman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia