Utusan Borneo (Sarawak)

Diana Danielle bangga wakili Malaysia pada Anugerah Televisyen Asia

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pelakon terkenal tanah air, Diana Danielle berbangga mewakili Malaysia sebagai penyampai anugerah pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), 12 Januari lepas.

Bagaimanap­un pelakon tinggi lampai berdarah campuran ini tidak mahu bermegah dan terlalu selesa kerana bagi beliau dipilih sebagai penyampai anugerah pada anugerah berprestij tersebut belum cukup untuk membuktika­n kebolehann­ya sebagai seorang pelakon.

“Saya bangga kerana dapat mewakili Malaysia untuk menyampaik­an anugerah pada ATA Ke23 ini tetapi bagi saya ia tidak cukup dan tidak boleh selesa dengan zon kita sekarang ini.

“Dari senarai pencalonan pada ATA Ke-23 kali ini tidak banyak dari Malaysia dan saya agak tercabar kerana masih banyak ruang untuk memperbaik­i industri kita,” katanya ketika ditemui pada majlis anugerah berprestij itu baru-baru ini.

Ditanya mengenai karya seninya yang akan datang, Diana berkata lagu terbarunya hasil kolaborasi dengan penyanyi kelahiran Singapura, Reyza Hamizan berjudul ‘Infiniti’ baru sahaja dikeluarka­n.

Diana juga berkata bakal mengeluark­an beberapa buah single baharu dalam tahun ini dengan semuanya ditulis oleh beliau sendiri.

Dari segi lakonan pula, Diana berkata beliau banyak menerima tawaran berlakon bagi drama dan filem tahun lepas sebelum berehat dari bulan Oktober 2018.

“Tahun ini dalam bulan Mac baru saya akan sambung kembali dramadrama terbaru itu pun saya tak dapat dedahkan lagi,” katanya yang popular dengan drama ‘Raisha’ dan ‘Raisha 2’.

Diana yang telah bergiat lebih 15 tahun dalam industri ini juga berterima kasih kepada para peminat yang masih memberi ruang dan peluang untuknya mengembang­kan bakatnya.

Dengan sokongan para peminat katanya beliau masih kekal dalam industri ini sehingga hari ini meskipun mendapat saingan daripada rama pendatang baharu.

Diana turut mengajak rakan-rakan artis dan semua mereka yang terlibat dalam industri ini untuk bekerja keras dan memperbaik­i kualiti lakonan dan seni masingmasi­ng agar dapat bersaing dengan karyakarya luar.

 ??  ??
 ??  ?? DIANA DANIELLE
DIANA DANIELLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia