Utusan Borneo (Sarawak)

Nad Zainal akui kesal tidak ada pencalonan dari Malaysia di ATA tahun ini

-

KUCHING: Penampilan pertama kali pelakon Nad Zainal sebagai penyampai anugerah pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 merupakan satu permulaan yang baik untuk perjalanan kerjayanya sebagai pelakon bagi tahun 2019 ini.

Pelakon kecil molek yang baharu dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke28 ini antara artis Malaysia yang dipilih sebagai penyampai anugerah pada ATA Ke-23 selain Diana Danielle.

“Saya pada mulanya diberitahu dijemput sebagai tetamu pada ATA Ke-23 ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan hanya beberapa hari sebelum anugerah ini berlangsun­g saya diberitahu akan menyampaik­an anugerah.

“Perasaan gembira itu memang ada, tetapi pada masa yang sama ada sedikit rasa kesal kerana tidak ada pencalonan dari Malaysia tahun ini terutama drama,” katanya ketika ditemui selepas anugerah di sini baru-baru ini.

Nad turut berkongsi rasa gembira dapat berjumpa dengan pelakonpel­akon dari negara lain termasuk yang beliau minati sekali gus memberi satu pengalaman yang bermakna buatnya.

Mengenai projek-projek terbarunya, Nad berkata beliau ada dua telemovie untuk slot cerekarama TV3 iaitu ‘Terima Kasih Ibu’ dan ‘Sehelai Selendang Putih’.

Telemovie ‘Sehelai Selendang Putih’ katanya adalah mengenai poligami yang turut dibintangi Siti Elizad dan Fahrin Ahmad.

Untuk ASTRA pula katanya akan ditayangka­n drama komedi dan RTM Super Telemovie yang mengisahka­n mengenai peperangan berjudul ‘Wali Jantan Semantan’.

Nad turut mengakui jadual penggambar­annya bagi drama sudah penuh sehingga Mac tahun ini dan beliau akan cuba habiskan sebelum puasa pada bulan Mei depan.

 ??  ?? CANTIK: Nad Zainal (kiri) bersama Diana Danielle pada Malam ATA Ke-23 di BCCK, 12 Januari lepas.
CANTIK: Nad Zainal (kiri) bersama Diana Danielle pada Malam ATA Ke-23 di BCCK, 12 Januari lepas.
 ??  ??
 ??  ?? NAD ZAINAL
NAD ZAINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia