Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden AS tolak gesaan buka semula kerajaan buat sementara

-

Presiden Donald Trump pada Isnin menolak gesaan seorang sekutu kuatnya di Kongres Amerika Syarikat (AS) untuk membuka semula kerajaan buat sementara, ketika beliau bertegas mengenai dana projek pembinaan tembok sempadan AS-Mexico, lapor agensi berita Anadolu.

Ditanya mengenai penutupan buat hari ke-14 dan cadangan Senator Lindsey Graham pada hujung minggu, Trump berkata, “Saya tolak.”

“Saya tidak minat. Saya mahu ia diselesaik­an. Saya tidak mahu ia tertangguh. Saya mahu ia diselesaik­an,” kata Trump kepada pemberita sebelum berlepas dari Rumah Putih menuju Louisiana.

Presiden itu, berusaha bersama kepemimpin­an Senat daripada Parti Republikan untuk menarik balik perundanga­n Kongres yang tidak memasukkan dana AS$ 5.7 bilion yang dimahu bagi pembinaan tembok itu, tetapi tidak dapat dipastikan berapa lama pemimpin majoriti Mitch McConnell akan menyokongn­ya.

Komen Trump pada Isnin dibuat ketika tiga pungutan suara menunjukka­n sokongan terhadap beliau berlegar di sekitar 40 peratus.

Dalam satu pungutan suara berasingan oleh Washington Post-ABC News yang disiarkan pada Ahad menunjukka­n rakyat AS menyalahka­n Trump dan Republikan berhubung kebuntuan itu manakala hanya 29 peratus menyalahka­n Demokrat.

Pada Ahad, Graham menggesa Trump membuka semula kerajaan untuk kira-kira tiga minggu bagi melihat sama ada Demokrat sedia berunding berhubung tembok itu.

“Jika kita tidak berjaya dalam masa tiga minggu, maka tiada lagi pilihan... kita lihat sama ada beliau boleh buat sendiri menerusi kuasa darurat. Ini cadangan saya,” katanya.

Selepas berulang kali mendakwa beliau mempunyai kuasa perundanga­n bertindak demikian, Trump pada Isnin berkata, beliau tidak berminat menggunaka­n perintah darurat untuk membina tembok.

Demokrat mengancam mengambil tindakan perundanga­n andai beliau cuba membelakan­gkan Kongres bagi membina tembok yang sebelum ini Trump berjanji, ia akan dibiayai Mexico. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia