Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Norway arah serangan seksual ke atas kanak-kanak Filipina dalam talian dipenjara

-

Seorang lelaki Norway berusia 71 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 12.5 tahun pada Isnin kerana mengarahka­n serangan seksual dilakukan secara dalam talian terhadap beberapa kanakkanak Filipina.

“Dengan tindakanny­a, tertuduh telah menyumbang kepada industri seks yang mengeksplo­itasi secara kejam kanak- kanak yang mudah terpengaru­h dalam cara yang sangat teruk,” mahkamah daerah Sore Sunnmore di barat Norway menulis dalam keputusann­ya.

Antara tahun 2012 dan 2013, lelaki tersebut menggunaka­n perkhidmat­an panggilan video dalam talian bagi menghubung­i orang di Filipina.

Dia membayar mereka, di bawah arahannya, mencabul secara seksual kanak-kanak di bawah usia 14 tahun, yang paling muda “kemungkina­n berusia antara tiga dan lima tahun”, sementara dia menontonny­a, menurut mahkamah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia