Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan warga Poland ber penghormat­an kepada datuk bandar Gdansk

Bongo pulang ke Gabon selepas menjalani rawatan di Maghribi

-

RABAT: Presiden Gabon Ali Bongo yang uzur meninggalk­an Maghribi pada Isnin untuk berlepas pulang ke rumah beberapa hari selepas pasukan keselamata­n di sana menggagalk­an satu cubaan rampasan kuasa, kata seorang sumber rapat dengan pemimpin itu.

“Beberapa doktor telah menyatakan­bahawaperj­alanan tersebut tidak memberikan sebarang bahaya terhadap kesihatann­ya,” menurut sumber, selepas presiden berada di Maghribi untuk pemulihan akibat serangan angin ahmar pada Oktober semasa satu kunjungan ke Arab Saudi.

Kepulangan presiden telah disahkan oleh kedutaan Gabon di bandar Rabat di Maghribi, di mana Bongo telah menetap di sebuah kediaman persendiri­an selepas satu tempoh di sebuah hospital tentera.

Bongo telah dijangka akan tiba di bandar utama Gabon, Libreville pada Selasa, tepat pada masa untuk mempengeru­sikan majlis angkat sumpah bagi kerajaan baharu yang telah diumumkan semasa ketiadaan beliau.

Presiden itu mengalami serangan angin ahmar pada 24 Oktober di Arab Saudi dan telah dimasukkan ke hospital selama sebulan di bandar utama Riyadh, sebelum dipindahka­n ke Maghribi.

Sikap berdiam diri pada awalnya oleh para pegawai mengenai kesihatan presiden telah mencetuska­n spekulasi di Gabon mengenai keadaannya, dengan Bongo menghubung­i rakyatnya buat kali pertama sejak itu dalam satu video ucapan Tahun Baharu.

Di sebalik presiden berjanj “akan menemui anda semula” tentera penyangak telah menyerbu sebuah stesen radio negara pada 7 Januari dan menyeru bagi pemberonta­kan semasa ketiadaan beliau.

Pasukan keselamata­n telah menangkap ketua pemberonta­k dan membunuh dua anggotanya di Libreville selepas Perdana Menter Julien Nkoghe Bekale mengumumka­n sebuah kerajaan baharu.

Rombakan telah diumumkan pada Sabtu lepas dalam satu video pesanan yang dirakamkan oleh perdana menteri dari Maghribi.

Kepulangan Bongo ke Libreville membolehka­n menteri-menteri untuk memenuhi tugas perlembaga­an mereka dengan mengangkat sumpah mereka di depan presiden. — AFP

 ??  ?? BONGO
BONGO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia