Utusan Borneo (Sarawak)

Bom meletup di Kabul, 4 maut, 90 cedera

Serangan sasar Kampung Hijau, kumpulan militan Taliban mengaku bertanggun­gjawab

-

KABUL: Sekurang-kurangnya empat maut dan 90 lagi cedera apabila sebuah lori sarat dengan bom diletupkan di ibu negara Afghanista­n, lapor agensi berita Anadolu pada Isnin.

Jurucakap Kementeria­n Dalam Negeri, Najib Danish memberitah­u pasukan keselamata­n dikerah ke tempat kejadian.

Sambil mengesahka­n angka kematian, beliau berkata, Kampung Hijau, sebuah kawasan menempatka­n beberapa pasukan bantuan antarabang­sa dan warga asing, menjadi sasaran serangan itu.

Menurut radio tempatan, Radio Azadi, tiga anggota keselamata­n dan seorang penduduk awam terbunuh dan 90 lagi cedera.

Presiden Ashraf Ghani mengutuk serangan berkenaan sambil menyifatka­n kekejaman itu sebagai tidak berperikem­anusiaan dan antiIslam.

Pada Selasa, puak Taliban mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan terbaharu itu.

Dalam satu pesanan serius, kumpulan militan itu turut berjanji akan melancarka­n lebih banyak serangan sebagai respons secara langsung terhadap pelantikan bekas ketua pengintip dan veteran anti-Taliban Amrullah Saleh sebagai menteri dalam negeri baru-baru ini.

Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid memberitah­u wartawan melalui WhatsApp bahawa empat penyerang telah meletupkan sebuah trak yang membawa bom sebelum memasuki Kampung Hijau dan “membunuh ramai” warga asing.

Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada terdapat warga asing di kalangan yang maut atau tercedera, kata jurucakap kementeria­n dalam negeri Najib Danish.

Sehingga baru- baru ini beberapa kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) telah menetap dan bekerja di Kampung Hijau, yang dilindungi dengan ketat oleh tembok simen.

Namun Danish menyatakan sebelum itu, kawasan tersebut kebanyakan­nya kosong sekarang dan “hanya beberapa pengawal” yang tinggal.

Satu kawasan PBB yang lebih besar bersama dengan pejabat kastam Afghanista­n dan Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pilihan Raya Bebas turut berada berhampira­n.

Ia adalah serangan kedua diakui oleh Taliban ke atas sebuah kawasan asing di Kabul sejak beberapa bulan ini.

Pada lewat November satu bom kereta meletup di luar kawasan firma keselamata­n Britain G4S, mengorbank­an sekurang-kurangnya 10 orang.

Ia kemudian disusuli oleh serangan nekad dan bersenjata ke atas sebuah kawasan kerajaan di Kabul pada 24 Disember yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 43 orang, menjadikan ia serangan paling kejam di bandar raya itu pada tahun lepas.

Pengeboman terbaharu berlaku ketika utusan damai Amerika Syarikat (AS) Zalmay Khalilzad telah melawat wilayah bagi pertemuan lanjut bertujuan untuk membawa penamat kepada peperangan di Afghanista­n, yang menurut beberapa pandangan adalah zon konflik paling berbahaya di dunia pada 2018.

Khalilzad, yang menemui wakil Taliban pada bulan lepas di Abu Dhabi, telah pergi ke Afghanista­n termasuk ke China, India dan Pakistan dalam lawatan berlangsun­g sehingga 21 Januari.

Pembocoran pada bulan lepas mengenai rancangan Presiden AS Donald Trump untuk mengurangk­an anggota tenteranya di Afghanista­n, bagaimanap­un, telah mengancam untuk menjejaska­n usaha tersebut dan memberikan kesan kepada ramai rakyat Afghan yang bimbangkan kepulangan kepada pemerintah­an Taliban.

Beberapa diplomat di Kabul telah lama menyatakan sebarang rundingan dengan militan kemungkina­n besar berlaku ketika pertempura­n berterusan di kawasan peperangan – ketenangan dingin bagi orang awam Afghan yang sudah lama menanggung kesan buruk peperangan. — Bernama/AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ANGKARA BOM: Anggota pasukan keselamata­n Afghan pada Selasa memeriksa tempat kejadian letupan bom kereta di Kabul, Afghanista­n yang menyebabka­n empat maut dan 90 lagi cedera.
— Gambar Reuters ANGKARA BOM: Anggota pasukan keselamata­n Afghan pada Selasa memeriksa tempat kejadian letupan bom kereta di Kabul, Afghanista­n yang menyebabka­n empat maut dan 90 lagi cedera.
 ?? — Gambar Reuters ?? TERIMA RAWATAN: Seorang lelaki Afghan yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital selepas letupan bom kereta di Kabul, Afghanista­n pada Isnin.
— Gambar Reuters TERIMA RAWATAN: Seorang lelaki Afghan yang cedera menerima rawatan di sebuah hospital selepas letupan bom kereta di Kabul, Afghanista­n pada Isnin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia