Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pejuang jihad’ bunuh 12 di utara Mozambique

-

Beberapa pejuang jihad yang disyaki telah membunuh 12 orang di utara Mozambique ketika mereka mengalihka­n serangan terhadap kenderaan di sebalik rondaan tentera yang semakin kerap di jalan raya utama.

Kebanyakan mangsa terbunuh dalam serangan terhadap beberapa kereta dan bas di wilayah Cabo Delgado yang kaya dengan gas dan mempunyai majoriti penduduk Islam di mana militan Islam telah menyerang penduduk kampung dalam komuniti terpencil selama lebih setahun.

Pembunuhan menandakan satu peralihan dalam strategi yang sebelum ini menyasarka­n rumah-rumah terpencil.

Empat orang terkorban pada awal Sabtu dan empat lagi tercedera ketika memandu berhampira­n pekan Manilha menurut seorang pegawa polis berpusat berhampira­n Mocimboa da Praia, di salah satu zon paling teruk dilanda konflik.

Pada 6 Januari, tujuh orang lagi dibunuh di wilayah berhampira­n Ulumbi selepas bas mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang membakar kenderaan menurut sumber tempatan.

Seorang lagi dibunuh dan dikerat di kawasan penanaman padi di Nailwa, lima kilometer dari Palma, sebuah ibu neger daerah.

Pihak tentera telah mula mengiringi kenderaan pengangkut­an awam namun mereka masih diserang, kata anggota polis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia