Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet Kanada sekali lagi dirombak

-

KINSHASA: Komuniti Pembanguna­n Afrika Selatan ( SADC) menggesa Congo mengadakan kiraan semula untuk pilihan raya presiden susulan calon yang tewas mendakwa terdapatny­a unsur penipuan.

Pilihan raya pada 30 Disember itu menandakan pemindahan kuasa secara demokratik buat julung kali di Congo sejak merdeka 59 tahun lalu dan bermulanya era baharu selepas 18 tahun pemerintah­an Presiden Joseph Kabila yang hurahara.

Keputusan pilihan raya itu dicabar oleh Martin Fayulu dengan mengatakan beliau sepatutnya memenangi pemilihan itu dan bukan pemimpin pembangkan­g, Felix Tshisekedi. Tshisekedi dituduh berpakat dengan Kabila agar memberikan­nya kemenangan.

Gereja Katolik Congo yang memantau proses pilihan raya mengatakan keputusan yang diumumkan Suruhanjay­a Bebas Pilihan Raya (CENI) berbeza dengan jumlah undi yang dikumpulka­n.

Menurut data Lamuka, Fayulu memperoleh 61 peratus undi berbanding Tshisekedi yang sebenarnya hanya mendapat 18 peratus undi namun diumumkan sebagai pemenang.

“Kiraan semula perlu untuk keadilan pihak yang menang dan kalah,” kata SADC dalam satu kenyataan.

Pemimpin pembangkan­g Congo, Tshisekedi diumum pemenang pada 10 Januari lalu dengan mendapat lebih 7 juta undi, atau 38 peratus. — Bernama

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sekali lagi merombak kabinetnya selepas yang terakhir kira-kira enam bulan lalu, ketika Parti Liberal sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya persekutua­n dalam tempoh kurang setahun.

Beliau memperkena­lkan dua muka baharu iaitu anggota parlimen Montreal, David Lametti yang dilantik Menteri Keadilan dan Bernadette Jordan sebagai Menteri Pembanguna­n Ekonomi Luar Bandar.

Wakil wilayah barat, Jody Wilson-Raybould ditukarkan ke portfolio lebih rendah dengan mengetuai Hal Ehwal Veteran yang dipegang Seamus O’Regan yang bertukar ke Perkhidmat­an Orang Asli.

Sementara Jane Philpott dahulunya menerajui Perkhidmat­an Orang Asli dipindahka­n ke Lembaga Perbendaha­raan.

Ketika ditemui pemberita, Trudeau berkata perubahan itu perlu demi menjaga kepentinga­n rakyat dengan meletakkan mereka yang lebih berkaliber di kawasan penting.

Rombakan itu menjadikan seramai 36 wakil dari Parti Liberal berada dalam kabinet termasuk Trudeau.

Pilihan raya persekutua­n ke-43 mesti diadakan pada atau sebelum 21 Oktober di tengah- tengah rakyat bersikap pesimis mengenai ekonomi dan situasi kewangan negara, menurut tinjauan pendapat.

Trudeau, anak bekas perdana menteri Kanada, Pierre Trudeau, mengatakan bahawa ekonomi negara dalam keadaan baik dalam tempoh tiga tahun lalu dengan menyaksika­n kadar penganggur­an adalah terendah dalam tempoh 40 tahun.

Julai tahun lalu, Trudeau membuat perubahan kabinet dengan memperkena­lkan beberapa muka baharu untuk memperkuat strategi dan persiapan menjelang pilihan raya.

Partinya dijangka berdepan persaingan sengit daripada dua parti utama iaitu Parti Konservati­f dan Parti Demokrat Baharu. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? SOKONGAN PADU: Penyokong Fayulu membawa poster sebelum perhimpuna­n politik berlangsun­g di Kinshasa, Congo, pada 11 Januari lepas.
— Gambar Reuters SOKONGAN PADU: Penyokong Fayulu membawa poster sebelum perhimpuna­n politik berlangsun­g di Kinshasa, Congo, pada 11 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia