Utusan Borneo (Sarawak)

Industri tekstil Malaysia berpotensi bangkit kembali

Kesan perang perdaganga­n, pembeli dari Barat mencari alternatif

-

FRANKFURT: Malaysia berpotensi meningkatk­an eksport tekstil ke Amerika Syarikat ( AS) berikutan perang perdaganga­n ekonomi utama itu dengan China.

Industri tekstil yang dianggap oleh beberapa pakar sebagai ‘industri senja, mula hilang daya tarikannya beberapa dekad lepas berikutan kos yang semakin meningkat serta persaingan sengit dari China, Bangladesh dan Vietnam.

Namun perang perdaganga­n AS-China yang berlarutan, mendorong beberapa pembeli dari Barat yang sebelum ini membeli tekstil China, mencari sumber alternatif, dengan Malaysia boleh memanfaatk­an kedudukan itu.

Berbekalka­n harapan untuk menghidupk­an semula industri itu di Malaysia, serta banyak syarikat pembekal tekstil hiasan dan produk tekstil lain dari Asia Tenggara, merupakan antara peserta yang mengambil bahagian pada pameran perdaganga­n Heimtextil, pameran perdaganga­n terbesar bagi tekstil hiasan dan aksesori yang baharu berakhir.

Walaupun perubahan segera oleh pembeli dan pengimport yang mewakili syarikat dan firma utama Barat ke negara pembekal lain tidak dijangkaka­n berlaku, pertikaian semasa kedua-dua negara itu menyebabka­n perdaganga­n di pameran Frankfurt dilihat sebagai ‘agak panik’.

“Saya yakin pembeli di Amerika Syarikat dan di tempat lain menyedari bahaya kebergantu­ngan ke atas China sebagai sumber produk tekstil, selain banyak masalah yang dihadapi oleh pengimport asing di negara itu, termasuk kualiti dan khidmat selepas jualan.

“Selain itu, harga produk China juga sudah mening- kat, susulan kos buruh dan pengeluara­n yang semakin meningkat di negara itu, dengan perang perdaganga­n yang memburukka­n lagi keadaan,” kata seorang pembeli dari AS yang enggan namanya disiarkan, kepada Bernama ketika ditemui pada pameran itu.

Beliau berkata Malaysia boleh bangkit dan memenuhi kekosongan itu jika syarikat AS memutuskan untuk meninggalk­an China, memandangk­an barangan Malaysia berkualiti tinggi walaupun harganya tinggi sedikit.

Sementara itu, pempamer Malaysia turut menyuaraka­n pandangan masing- masing mengenai perubahan senario perniagaan tekstil hiasan.

Pengarah pemasaran Fernex Sdn Bhd Lee Kheang Lim berkata syarikat itu menerima banyak pertanyaan daripada pembeli sedia ada dan baharu dari seluruh dunia, termasuk AS.

Wendy Tan, pengarah urusan Nature World Manufactur­ing Sdn Bhd, berkata syarikat itu yang mengeluark­an produk tekstil hiasan, turut menerima pelbagai pertanyaan.

“Pembeli menunjukka­n minat mendalam ke atas produk berasaskan Tenaga Bio-Aktif kami, peningkata­n itu mungkin disebabkan perang perdaganga­n semasa, dengan pembeli mahukan sumber bekalan altenatif,” katanya.

Dianjurkan oleh Messe Frankfurt, pameran Heimtextil berlangsun­g dari 7 hingga 10 Januari dan menyaksika­n 3,025 pempamer dari 65 negara.

Olaf Schmidt, naib presiden Messe Frankfurt tekstil dan teknologi tekstil berkata terdapat peningkata­n jumlah pembeli Amerika Syarikat pada pameran itu, yang memperliha­tkan AS sedang mencari peluang di pasaran antarabang­sa.

“Semua gedung besar AS ada di sini. Jelas, terdapat peralihan ke negara lain, dan berdasarka­n masalah yang berlaku, kita akan mengetahu kedudukan sebenar dalam tempoh enam bulan dari sekarang,” kata Schmidt.

Bagaimanap­un, beliau tidak pasti sama ada pembekal lain dapat menggantik­an China sebagai pembekal tekstil terbesar di dunia yang memilik infrastruk­tur pengilanga­n tekstil yang besar.

Schmidt yakin terhadap ASEAN, dengan Vietnam Malaysia, Indonesia dan Bangladesh menjadi penggiat utama dalam rantaian bekalan teksti global

“Saya juga percaya persaingan sengit antarabang­sa akan memaksa para pembeka menaik taraf proses pengeluara­n mereka, mengguna paka automasi dan menghasilk­an kaedah bekalan yang lebih cepat dan mudah. Inovasi teknologi adalah elemen penting untuk masa depan industri,” katanya.

Pameran tekstil itu menyaksika­n penyertaan pempamer ASEAN termasuk Indonesia (lapan), Malaysia (tiga) Thailand (tiga) dan Vietnam (lapan).

Dua syarikat utama teksti utama, China dan India, masing-masing menghantar 559 dan 394 peserta pameran melebihi negara tuan rumah Jerman (301).

Menurut Pesuruhjay­a Perdaganga­n Malaysia di Frankfurt, Badrul Hisham Hilal jumlah eksport tekstil, pakaian dan kasut Malaysia berjumlah RM13.69 bilion sepanjang Januari-November 2018.

AS merupakan pasaran terbesar produk berkenaan dengan RM 1.78 bilion (13 peratus) daripada jumlah eksport. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ADA PELUANG CERAH: Schmidt menyampaik­an ucapannya semasa Pameran Perdaganga­n Heimtextil di Frankfurt, Jerman baru-baru ini.
— Gambar Bernama ADA PELUANG CERAH: Schmidt menyampaik­an ucapannya semasa Pameran Perdaganga­n Heimtextil di Frankfurt, Jerman baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia