Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n diseru bawa masuk lebih banyak ayam halal ke Malaysia

-

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) diseru untuk membenarka­n lebih banyak syarikat mengekspor­t daging ayam halal ke pasaran Malaysia, kata Persatuan Promosi dan Ekonomi Perdaganga­n ASEAN-China (ACETP).

Pengerusin­ya, Datuk Ng Kek Kiong berkata setakat ini, hanya ada satu perusahaan dari China yang dibenarkan mengekspor­t daging ayam ke dalam pasaran tempatan

“Ini menyebabka­n monopoli dalam pasaran ayam yang diimport dari China, yang pastinya menjejaska­n pengguna akhir disebabkan kekurangan persaingan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

ACETP telah menerima aduan daripada beberapa syarikat asing membabitka­n kelewatan untuk menyiapkan permohonan eksport daging sejak 2015.

Syarikat asing dan rakan kongsi tempatan mereka juga melahirkan kekecewaan disebabkan keengganan MOA dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar bagi memudahkan (DVS) proses permohonan mereka.

“Menurut sumber kami, terdapat lapan pemohon dari China yang telah memenuhi syarat-syarat awal audit sejak 2015 dan dijadualka­n akan diproses oleh DVS tetapi sehingga kini, mereka belum lagi, diaudit atas alasan yang tidak munasabah daripada MOA,” kata Ng.

Menurut persatuan itu, salah satu syarikat terbabit telah membelanja­kan lebih daripada RM20 juta untuk membina semula rumah penyembeli­hannya bagi menempatka­n kemudahan yang mematuhi peraturan MOA.

“Kelewatan dalam permohonan telah menjejaska­n kewangan syarikat dan reputasiny­a dengan rakan kongsi tempatan, ini mengakibat­kan kerugian pada sepanjang permohonan itu berjalan,” kata ACETP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia