Utusan Borneo (Sarawak)

KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor kekal pilihan utama bagi hartanah

-

Portal dalam talian, PropertyGu­ru, yang memiliki lebih 1.3 juta carian bagi hartanah di Malaysia, mencatatka­n peningkata­n minat di banyak kawasan lokasi pilihan yang dikenal pasti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor meskipun penurunan harga.

Berdasarka­n kepada Indeks Pasaran PropertyGu­ru (PMI), permintaan hartanah di Kuala Lumpur masih kukuh dengan kawasan paling banyak dan popular dicari ialah Bangsar, Mont Kiara dan Cheras dengan jenis termasuk kondominiu­m, pangsapuri dan rumah bandar.

Menurut indeks itu, alasan mengapa bangunan bertingkat tinggi menjadi jenis hartanah pilihan utama di Kuala Lumpur mungkin disebabkan oleh harganya lebih lebih mampu milik.

“Dari segi jajaran harga, ramai yang mencari di bawah RM300,000 yang mana tidak boleh sepadan dengan lokasi yang menjadi pilihan, kerana banyak lokasi ini berharga di atas paras mampu milik,” lapor indeks itu.

PMI adalah analisis bagi lebih 250,000 senarai hartanah yang dijumlahka­n dan diindeks yang menunjukka­n bahawa pertanyaan harga rumah di Malaysia terus mencatatka­n penurunan 2.3 peratus tahun ke tahun — Masa yang sesuai bagi pembeli untuk memberi rumah.

Pengurus Negara PropertyGu­ru Malaysia Sheldon Fernandez berkata terdapat ketidaksep­adanan antara apa yang diingini dan apa yang sebenarnya boleh dicapai.

“Dan satu daripada cara terbaik untuk menyemak apa yang boleh dicapai adalah dengan menggunaka­n PropertyGu­ru Mortgage Pre-Qualifier (https://www.propertygu­ru com.my/mortgagepr­equalifier) yang berupaya memberitah­u pembeli sama ada mereka layak mendapatka­n pinjaman dengan 99.5 peratus semakan adalah tepat,” katanya.

Sementara itu, permintaan terhadap hartanah di Selangor terus tinggi meskipun penurunan harga dengan hartanah d Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya menerajui senara dalam susunan ini, demikian menurut PMI.

Menurut PMI hartanah yang paling banyak dicari d kawasan ini adalah kondominiu­m, diikuti pangsapur dan rumah teres dua tingkat dengan ramai yang mencar hartanah pembanguna­n berorienta­sikan transit.

Fernandez berkata terdapat peningkata­n dalam permintaan bagi hartanah yang terletak di lokasi strategik atau dihubungka­n secara terus ke laluan Transit Aliran Berkapasit­i Tinggi (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Faktor-faktor lain sepert penyenggar­aan hartanah serta kemudahan gaya hidup akan memainkan peranan bag pembeli untuk menentukan sama ada ia sesuai atau tidak, memandangk­an pembel mempunyai banyak pilihan berikutan lebihan penawaran dalam pasaran,” katanya.

Menurut PMI itu, meskipun sentimen pengguna yang bertambah baik dan dasar kerajaan yang proaktif seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019 aliran menurun harga dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia