Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar penyertaan tenaga buruh susut kepada 68.4% pada Nov 2018

-

Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2018 turun 0.1 mata peratus kepada 68.4 peratus berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata kadar penyertaan tenaga buruh bagi asas tahun ke tahun, meningkat 0.5 mata peratus berbanding 67.9 peratus sebelumnya.

“Bilangan tenaga buruh pada bulan ini naik 2.5 peratus tahun ke tahun kepada 15.46 juta orang. Penduduk bekerja turut meningkat 2.5 peratus tahun ke tahun kepada 14.94 juta orang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kadar penganggur­an pada November kekal 3.3 peratus, manakala bilangan penganggur naik 2.2 peratus tahun ke tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia