Utusan Borneo (Sarawak)

RHB kekalkan saranan ‘beli’ untuk Petronas Chemicals

-

RHB Research mengekalka­n saranan ‘beli’ bagi kaunter minyak dan gas pilihan pertamanya, Petronas Chemicals Group Bhd (PCG), dengan sasaran harga baharu pada RM11.23.

Katanya penyusutan saham PCG baru- baru ini, sebahagian besarnya telah diberikan sasaran harga petrokimia yang lebih rendah bagi tahun ke tahun.

Katanya harga petrokimia polyethyle­ne ketumpatan tinggi (HDPE) dan polyethyle­ne ketumpatan rendah linear (LLDPE) menyusut daripada kadar tertinggi tahun 2018 pada AS$ 1,200- AS$ 1,400 satu tan kepada AS$ 1,000 satu tan pada suku terakhir 2018 dan pulih sedikit kepada AS$1,065 satu tan pada Januari 2019.

Bagi 2019, harga HDPE dan LLDPE dijangka pulih kepada AS$1,200-AS$1,250 satu tan selari dengan pemu- lihan harga minyak mentah Brent, diunjurkan AS$73.5 setong.

Ia juga menjangka harga baja dan metanol akan kekal dapat dikawal pada 2019.

Tambahan pula, katanya penggunaan kilang yang secara keseluruha­nnya lebih tinggi tahun ini akan dapat menyeimban­gkan jangkaan penurunan harga produk.

RHB Research berkata ia yakin kumpulan itu dapat mencapai pengunaan kilang secara keseluruha­nnya sebanyak 94-97 peratus tahun ini berbanding anggaran 89-90 peratus pada 2018.

Bagi 2019, ia menjangka hanya melibatkan satu penyelengg­araan besar pada suku kedua dan suku ketiga bagi Petronas Chemicals (PC) Olefins dan PC Fertiliser Sabah (SAMUR), yang masing-masing menyumbang 5.4 peratus dan 5 peratus terhadap jumlah kapasiti.

“Walaupun aktiviti pemulihan pada 2019 tidak seteruk pada 2018, berikutan pemulihan bagi empat kilang utamanya sudah mula menampakka­n hasil iaitu PC Ethylene ( Kertih), PC Polyethyle­ne ( Kemaman), PC Fertiliser (Kedah), PC Methanol Plant 2 (Labuan) dan Urea (Bintulu) yang menyumbang 42.4 peratus jumlah kapasiti,” katanya dalam nota.

Selain itu, RHB Research berkata kumpulan itu juga mungkin membayar dividen lebih tinggi tahun ini susulan obligasi syarikat induk untuk membayar tambahan RM30 bilion kepada kerajaan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019.

“Mengikut analisis sensitivit­i kami, jika bayaran dividen dinaikan kepada 100 peratus, hasil dividen boleh berganda kepada 5.6 peratus daripada anggaran 2.8 peratus ketika ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia