Utusan Borneo (Sarawak)

Kayin semak semula tawaran penswastaa­n Selangor Properties

-

Kayin Holdings Sdn Bhd telah menyemak semula cadangan tawaran penguranga­n dan pembayaran balik modal secara terpilih (SCR) kepada RM6.30 daripada RM6 bagi setiap saham Selangor Properties Bhd (SPB) bagi tujuan penswastaa­n syarikat itu.

Kayin Holdings merupakan pemegang saham utama SPB.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata SCR menawarkan penyemakan semula harga tawaran, pemegang-pemegang saham yang layak akan menerima sejumlah pembayaran semula modal berjumlah RM687.77 juta, mewakili pembayaran balik tunai sebanyak RM6.30 bagi setiap saham SPB.

“Modal saham terbitan SPB akan dikurangka­n sehingga RM687.77 juta, selaras dengan SCR yang dicadangka­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia