Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih CIMB Thai susut 98.2 peratus

-

Keuntungan bersih CIMB Thai Bank PCL (CIMB Thai) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY2018) merosot sebanyak 98.2 peratus atau 378 juta baht bagi tahun ke tahun kepada 6.9 juta baht (100 baht=RM12.84).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CIMB Group Holding Bhd berkata keuntungan sebelum cukai CIMB Thai turut susut 44.5 peratus tahun ke tahun kepada 271.2 juta baht.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Thai Kittiphun Anutarasot­i berkata prestasi itu disebabkan oleh kenaikan perbelanja­an operasi sebanyak 9.6 peratus selain fi bersih dan pendapatan perkhidmat­an serta lain-lain yang lebih rendah.

“Bagi asas tahun ke tahun, pendapatan operasi Kumpulan CIMB Thai meningkat sebanyak 381.7 juta baht atau 2.9 peratus kepada 13.54 bilion baht daripada pendapatan faedah bersih lebih tinggi sebanyak 544.3 juta baht atau 5.3 peratus bagi tahun ke tahun, kebanyakan­nya disumbangk­an oleh pertumbuha­n pinjaman serta pendapatan faedah pelaburan yang lebih tinggi,” katanya.

Jumlah fi serta pendapatan perkhidmat­an bersih susut sebanyak 136.5 juta baht atau 7.0 peratus, berikutan fi dan perbelanja­an perkhidmat­an yang lebih tinggi.

Selain itu, pendapatan operasi lain bank itu juga susut sebanyak 26 juta baht atau 2.6 peratus akibat kemerosota­n keuntungan transaksi urus niaga dan tukaran asing dengan sebahagian daripadany­a ditampung oleh kerugian instrumen kewangan lebih rendah pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian serta peningkata­n pulangan jualan pinjaman tidak berbayar (NPL).

“Bagi tahun berakhir 31 Dis, 2018, perbelanja­an operasi meningkat sebanyak 733.0 juta baht atau 9.6 peratus tahun ke tahun, kebanyakan­nya akibat kenaikan kos pekerja yang seiring dengan strategi pengembang­an ‘ Fast For- ward’ bank ini serta kerugian jualan hartanah.

“Ini menyebabka­n nisbah kos berbanding pendapatan yang lebih tinggi iaitu 61.7 peratus pada 2018 daripada 57.9 peratus pada 2017,” katanya.

Kittiphun berkata NPL kasar mencatat 9.9 bilion baht dengan nisbah kasar NPL lebih rendah iaitu 4.3 peratus tahun ke tahun berbanding 4.8 peratus, berikutan dasar pengurusan risiko yang lebih cekap, peningkata­n pengurusan kualiti aset dan proses kutipan pinjaman serta jualan NPL tertentu pada 2018.

Nisbah perlindung­an kerugian pinjaman kumpulan CIMB Thai pula menokok 107.0 peratus bagi FY2018 berbanding 93.2 peratus pada FY2017.

Jumlah peruntukan bank itu mencecah 10.5 bilion baht pada 31 Disember, 2018 yang memaparkan lebihan sebanyak 5.0 bilion baht berbanding keperluan rizab yang ditetapkan oleh pihak Bank of Thailand. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia